“Diam-Diam Ratah Mentega” – Ini 10 Artikel Telatah Menarik Si Comel Sepanjang Tahun 2022!
Amboi, kecil-kecil dah pandai dia buat hal. Nasib baik comel!
Tanpa tidak sedar, penghujung tahun 2022 sudah pun semakin hampir dan tahun 2023 bakal membuka tirainya
Namun, disebalik kegembiraan dan kenangan yang kita lalui sepanjang 2022, pasti akan terselit gelagat si comel yang mencuit hati kita bukan?
Jom kita lihat artikel dan cerita lucu mengenai si cilik yang viral sepanjang tahun 2022 ini.
1. [[VIDEO] Bayi Tak Sabar Minta Susu, Siap Marah Dulu Dalam Bahasa Sendiri Ini Undang Tawa] (https://says.com/my/seismik/video-bayi-tak-sabar-minta-susu-siap-marah-dulu-dalam-bahasa-sendiri-ini-undang-tawa)
Image via @nardhamzah (TikTok)
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam gelagat anaknya di bilik mereka.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila bayi itu dilihat sangat marah dan membebel dalam bahasanya yang tiada siapa pun faham. Itu disebabkan ayahnya sengaja mengusik tidak memberikan botol susu kepadanya.
Baca artikel penuh di sini.
2. ["Berpengalaman" – Gelagat Budak Kecil Pandai Basuh Pinggan Ini Raih Tumpuan Ramai] (https://says.com/my/seismik/berpengalaman-gelagat-budak-kecil-pandai-basuh-pinggan-ini-raih-tumpuan-ramai)
Image via @sifsuka (TikTok)
3. [[VIDEO] "Lapar Sangat Ni" – Bayi Comel Mimpi Tengah Minum Susu Ini Cuit Hati Netizen] (https://says.com/my/seismik/video-lapar-sangat-ni-bayi-comel-mimpi-tengah-minum-susu-ini-cuit-hati-netizen)
Image via @warmbaby5200 (TikTok)
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam bayinya yang sedang lena tidur di atas katil.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila bayi itu dilihat sedang bermimpi sambil tidur nyenyak. Lebih melucukan lagi adalah apabila dia kelihatan mencari susu untuk minum sambil mulutnya ternganga.
Baca artikel penuh di sini.
4. ["Patutlah Diam" – Ibu Sibuk Kemas Dapur, Sekali Tengok Baby Tengah Syok Kokak Mentega] (https://says.com/my/seismik/patutlah-diam-ibu-sibuk-kemas-dapur-sekali-tengok-baby-tengah-syok-kokak-mentega)
Image via @syakiladiyana (TikTok)
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syakiladiyana, kelihatan wanita itu sedang mengemas barangan dapur.
Namun, apa yang mengejutkannya adalah apabila dia mendapati bayinya yang baru berumur lapan bulan sedang syok makan butter di tepi peti sejuk.
Lebih melucukan, sebaik saja 'projek' si kecil itu kantoi dengan ibunya dan butter itu diambil semula, dia dilihat menangis kerana terkejut.
Baca artikel penuh di sini.
5. [[VIDEO] Sempat 'Ngap' Anak Ayam Masuk Mulut, Gelagat Budak Kecil Ini Cuit Hati Ramai] (https://says.com/my/seismik/video-sempat-ngap-anak-ayam-masuk-mulut-gelagat-budak-kecil-ini-cuit-hati-ramai)
Image via @fatinnn0_ (TikTok)
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak kecil sedang bersama dengan seekor anak ayam di dalam rumahnya.
Namun, apa yang lebih mencuit hati ramai adalah dia dilihat mahu memakan anak ayam tersebut dan sempat memasukkannya ke dalam mulut.
Situasi itu membuatkan si ibu terus menarik dan tergelak melihat gelagat lucu anaknya itu.
Baca artikel penuh di sini.
6. ["Dia Tak Puas Hati" – Bapa Dengkur Kuat Sangat, Reaksi Muka Baby Ini Pula Menghiburkan] (https://says.com/my/seismik/dia-tak-puas-hati-bapa-dengkur-kuat-sangat-reaksi-muka-baby-ini-pula-menghiburkan)
Image via @qwertyui0p7 (TikTok)
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu si suami sedang lena tidur di dalam bilik mereka.
Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah suaminya itu tidur berdengkur sehingga membuatkan reaksi muka anaknya seolah-olah 'tidak puas hati'. Situasi berkenaan membuatkan wanita berkenaan tergelak melihat muka bayinya yang baru lahir itu.
Baca artikel penuh di sini.
7. ["Nak Muntah" – Gelagat Budak Lelaki Perli Budak Lain Makan Ubat Ini Bikin Dekah Netizen] (https://says.com/my/seismik/nak-muntah-gelagat-budak-lelaki-perli-budak-lain-makan-ubat-ini-bikin-dekah-netizen)
Image via @qhiyxna_store (TikTok)
Menerusi video yang dimuat naik oleh @qhiyxna_store, kelihatan seorang budak sedang cuba diberi makan ubat oleh ibu dan bapanya.
Kemudian, seorang lagi budak lelaki datang dan melihat budak tersebut sedang cuba menelan ubat. Namun, apa yang mencuit hati ramai adalah apabila dia membuat bunyi "uwek", seperti bunyi sedang memuntahkan makanan.
Baca artikel penuh di sini.
8. ["Dia Dah Mula Fikir" – Bayi Termenung Jauh Baru Lepas Lahir Ini Curi Perhatian Netizen] (https://says.com/my/seismik/dia-dah-mula-fikir-bayi-termenung-jauh-baru-lepas-lahir-ini-curi-perhatian-netizen)
Image via @popoayah (TikTok)
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa berkongsi momen selepas kelahiran anaknya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah bayi itu dilihat hanya terbaring diam sambil termenung dan tidak menangis. Situasi itu membuatkan si bapa teruja melihatnya.
Baca artikel penuh di sini.
9. [Gelagat Anak Kecil Minat Buat Video 'Stop Motion' Guna Lego Ini Jadi Perhatian Ramai] (https://says.com/my/seismik/video-gelagat-anak-kecil-minat-buat-video-stop-motion-guna-lego-jadi-perhatian-ramai)
Image via @timbalan_opah (TikTok)
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @timbalan_opah di TikTok, gelagat anak kecil itu melakukan video stop motion dengan hanya menggunakan blok-blok kecil Lego.
Menurut anak kecil yang lebih dikenali sebagai Adi, dia mula meminati dan mempelajari teknik tersebut melalui YouTube.
Hasilnya sangat mengujakan dan kreatif. Rata-rata netizen turut terkejut dan kagum dengan idea menarik daripada anak kecil berkenaan.
Baca artikel penuh di sini.
10. [[VIDEO] Budak Merajuk Siap Boleh Deal Bila Nak Stop Menangis Ini Buat Ramai Terhibur] (https://says.com/my/seismik/video-budak-merajuk-siap-boleh-deal-bila-nak-stop-menangis-ini-buat-ramai-terhibur)
Image via @dearlynnn_ (TikTok)
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gelagat anaknya yang sedang merajuk dan pura-pura menangis.
Difahamkan, anaknya itu merajuk dek kerana ibunya tidak membelikan peralatan massage. Selepas itu, dia pura-pura menangis siap boleh deal dengan si ibu bila dia akan berhenti menangis.
Sebenarnya, dia pernah berlakon adegan menangis dahulu ketika dia masih bayi bersama Redza Rosli. Disebabkan aura lakonannya sudah bermula dari kecil, maka aura lakonan dibawa hingga ke besar.
Baca artikel penuh di sini.
Semoga tahun 2023 dapat mencipta lebih banyak kenangan indah bersama yang tersayang. Selamat tahun baru buat semua pembaca daripada kami SAYS Seismik, terima kasih!❤️
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via https://bit.ly/saysseismik

Cover image via