Dr Noor Hisham Jadi Mangsa Ilustrasi AI, Gambarnya Diguna Jual ‘Healing Cream’

Bahaya ni kalau orang yang tak cakna AI boleh percaya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula menjadi mangsa dalam ilustrasi AI

Selepas tular beberapa figura tempatan menjadi mangsa ilustrasi AI, kini Dr Noor Hisham pula terlibat apabila wajahnya dijana menggunakan AI mempromosi sebuah produk.

Menerusi hantarannya di laman sosial, Dr Noor Hisham dilihat mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan iklan tersebut menyatakan akaun media sosial yang menggunakan namanya adalah scammer.

"Harap maklum bahawa ini adalah gambar yang dijana AI dan berita ini adalah palsu, yang diedarkan oleh scammer.

"Nampak seperti saya, bunyi seperti saya, bergerak seperti saya, berjalan seperti saya, tetapi itu bukan saya!" maklumnya.

Ambil tindakan undang-undang terhadap perkara yang berlaku

Sebelum ini, Dr Noor Hisham turut ada berkongsi hantaran yang memaklumkan isu ini dan memberitahu beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.

"Satu lagi berita palsu baharu daripada akaun palsu yang memaparkan nama saya sedang tersebar dalam talian.

"Biar saya jelaskan, perkara ini adalah palsu sama sekali dan saya sedang mengambil tindakan undang-undang segera terhadap mereka yang bertanggungjawab.

"Biarkan ini menjadi amaran kepada sesiapa yang terlibat dalam perbuatan jahat itu. Tolong jangan tertipu dengan maklumat salah yang tidak bertanggungjawab ini," tulisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: