Dewan Rakyat Luluskan Undang-Undang Perlindungan 24 Jam Walaupun Kemalangan Di Luar Waktu Kerja

Yang dah bekerja tu take note!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Klinik Pintar & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dewan Rakyat pada 2 Disember telah meluluskan undang-undang yang memperkenalkan Skim LINDUNG 24 JAM bertujuan beri perlindungan menyeluruh kepada pekerja

Undang-undang baharu ini secara asasnya mengubah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) daripada sistem insurans yang berfokuskan tempat kerja kepada sistem yang menawarkan perlindungan kemalangan sepanjang masa.

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 memperluaskan perlindungan kepada kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja termasuk kecederaan di rumah, semasa aktiviti riadah atau semasa berulang-alik atas sebab peribadi.

Ini bermakna anda akan mempunyai perlindungan kemalangan sepanjang masa walaupun di luar waktu kerja

Sebelum ini, PERKESO hanya melindungi kemalangan yang berlaku semasa waktu bekerja atau semasa berulang-alik ke tempat kerja. Rang undang-undang ini meminda Seksyen 2 untuk memasukkan "Kecederaan Bukan Pekerjaan", yang bermaksud kecederaan diri yang tidak berkaitan dengan pekerjaan anda kini akan dilindungi.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menekankan bahawa antara 2023 hingga Oktober tahun lepas, sejumlah 12,306 tuntutan ditolak kerana kemalangan berlaku di luar "waktu pejabat".

Kini, kecederaan atau kemalangan yang berlaku tidak kira masa di hujung minggu ataupun pada waktu malam, semuanya layak untuk dilakukan tuntutan.

SAYS.com

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Image via Bernama

Berapa kos yang akan diambil?

Perlindungan di bawah undang-undang yang baru dipinda ini adalah wajib bagi semua pekerja yang layak.

Rang undang-undang ini meminda Seksyen 6 untuk mewujudkan "Kategori Kedua" caruman, di mana pekerja membayar perlindungan "Bukan Pekerjaan" yang baharu.

Majikan akan terus membayar hanya untuk perlindungan berkaitan kerja sedia ada.

  • Gaji minimum (~RM1,700): tambahan RM13.15 sebulan
  • Gaji pertengahan (~RM3,000): tambahan RM22.15 sebulan
  • Gaji tinggi (~RM6,000, had baharu): tambahan RM44.65 sebulan

Rang undang-undang ini memperkenalkan pendekatan berperingkat. Fasa 1 bermula dengan kadar caruman dan pembayaran yang lebih rendah, yang akan meningkat dalam fasa seterusnya iaitu pada Fasa 2 dan 3. Kementerian Sumber Manusia akan menentukan bila masa peralihan untuk ke fasa seterusnya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via NST

Oleh itu, faedah juga akan dilaksanakan dalam tiga fasa

  • Kehilangan upaya sementara (cuti sakit): Fasa 1 meliputi 48% daripada gaji harian pekerja, meningkat kepada 64% dalam Fasa 2, dan 80% dalam Fasa 3.
  • Hilang upaya keseluruhan kekal: Fasa 1 meliputi 54%, meningkat kepada 72% dalam Fasa 2, dan 90% dalam Fasa 3.


Walau bagaimanapun, bukan semua kemalangan dilindungi. Tuntutan adalah tidak sah jika:

  • Kecederaan berlaku di luar Malaysia
  • Kecederaan berpunca daripada perbuatan haram
  • Pekerja asing yang melanggar syarat permit atau visa
  • Kecederaan yang termasuk dalam skim keselamatan sosial lain seperti Akta Pekerjaan Sendiri atau Keselamatan Sosial Suri Rumah
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Malaysian Reserve

Macam mana pula kalau ada yang mempunyai lebih dari satu kerja?

Pekerja yang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan tidak perlu membayar dua kali untuk perlindungan baharu ini.

Jika anda mempunyai kedua-dua pekerjaan '9-5' dan sambilan, anda hanya perlu memilih satu sahaja majikan yang akan mengendalikan potongan tersebut. Skim ini juga akan menghalang "penyusutan berganda".

Jika anda hilang upaya kekal, anda tidak boleh menuntut kedua-dua faedah hilang upaya kekal di bawah LINDUNG 24 JAM dan pencen ketidakupayaan untuk tempoh yang sama. Anda perlu mengambil yang mana lebih mahal. Dan walaupun perlindungannya luas, ia hanya untuk kemalangan.

Kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri atau disengajakan adalah dikecualikan, memastikan skim ini tertumpu pada kejadian yang tidak dijangka dan tulen.

Rang undang-undang tersebut kini akan dibawa ke Dewan Negara dan kemudian ke Yang di-Pertuan Agong untuk Perkenan Diraja. Skim ini dijangka dilancarkan pada tahun 2026 untuk memberi manfaat kepada hampir 10 juta pekerja sektor formal di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: