[VIDEO] Adakah Tindakan Pengasuh Taska Memukul Anak Kecil Ini Layak Dianggap “Dera”?
Ada yang kata 'Ya' ada juga yang kata 'Tidak'. Anda rasa bagaimana?
Cover image via Facebook Friends of BNBaru saja beberapa jam yang lalu, laman Facebook Friends of BN memuat naik sebuah video yang menunjukkan pengasuh taska wanita bertindak memukul seorang budak kecil yang sedang menangis.
Sama ada pukulannya kasar atau tidak, anda boleh lihat sendiri di sini:
Video "dera" sebegini seperti yang dijangka menjadi viral dalam sekelip mata dengan ratusan komen yang mengutuk perbuatan wanita terbabit, sehingga ada yang menggelarnya 'setan'
Image via Facebook Friends of BN
Di sebalik kutukan, ada juga yang berkata tindakan wanita itu tidak ada salahnya, malah tidak layak dianggap sebagai dera kerana mungkin niatnya hanya mahu mendidik anak kecil tersebut
Image via Facebook Friends of BN
Namun begitu, ramai juga yang merasakan tindakan memukul seperti itu tidak sesuai untuk dilakukan ke atas anak kecil, lebih-lebih lagi yang berumur 7 tahun ke bawah. Sepatutnya perlu lebih tunjukkan kasih sayang, bukan gunakan kekerasan.
Image via Facebook Friends of BN
Dalam pada itu, bekas pekerja taska berkenaan mendakwa bahawa pemilik taska itu memang gemar memarahi kanak-kanak serta selalu menyediakan makanan yang agak teruk.
Video ini telah pun mendapat lebih 3,000 shares selepas 5 jam dimuat naik.
Image via Facebook Friends of BN
MOST READ

