“Denim For All” – Koleksi UNIQLO 25SS Hadir Dengan Vibe Baru Yang Lebih Versatil & Trendy!

Dari jeans, kemeja, shorts hingga jaket, setiap helaian direka untuk gaya on-point!

Enlarge text
Cover ImageCover image via UNIQLO
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ready to level up your OOTD? Lebih daripada sekadar denim biasa, koleksi UNIQLO Denim 25SS menawarkan pelbagai potongan dan fit yang boleh mix & match ikut style anda

Untuk musim kali ini, UNIQLO mencabar perspektif lama dengan memperkenalkan pelbagai pilihan denim seperti jeans, kemeja, seluar pendek, dan jaket yang sesuai untuk semua gaya hidup.

Dengan konsep pemakaian yang effortless, koleksi ini mengangkat mesej "Denim for All", menawarkan potongan moden dan praktikal yang boleh digayakan dari siang ke malam.

Untuk meraikan pelancaran ini, UNIQLO mengadakan acara eksklusif di Bean Brothers, Petaling Jaya di mana para tetamu berpeluang melihat sendiri keunikan dan inovasi koleksi ini.

Mereka turut meneroka konsep "pairing blues", yang menampilkan gaya denim-on-denim, serta menyertai sesi styling untuk belajar cara mix & match denim dengan lebih versatil dan trendy.

Acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran selebriti Malaysia, Mira Filzah, yang berkongsi inspirasi untuk menggayakan koleksi Denim 25SS dalam kehidupan sehariannya dengan effortless.

Image via UNIQLO

Image via UNIQLO

Koleksi UNIQLO Denim 25SS bukan sekadar jeans biasa

Koleksi ini membawa gaya denim ke tahap baru dengan menggabungkan elemen fesyen, keselesaan, dan fleksibiliti.

Dengan tema "Denim for All", UNIQLO terus komited menjadikan denim sebagai gaya fesyen inklusif untuk semua. Tidak kira umur, latar belakang, atau gaya peribadi, denim adalah pilihan timeless yang sesuai untuk semua orang.

Koleksi Denim 25SS bukan sekadar jeans biasa, tetapi menawarkan pelbagai potongan dan gaya yang menonjolkan keunikan setiap individu, memastikan setiap orang boleh menemui denim yang sesuai dengan mereka dengan mudah.

Image via UNIQLO

Denim bukan sekadar fabrik – ia adalah cara ekspresi fesyen yang menyatukan orang dari pelbagai latar belakang melalui kecintaan mereka terhadapnya.

Sama ada anda gemarkan gaya Wide Tapered Jeans (RM149.90) yang sleek dan selesa atau lebih suka Wide Straight Jeans (RM149.90) effortless, koleksi ini menawarkan pelbagai pilihan versatil, sesuai untuk pelbagai acara sambil mengekalkan keselesaan sepanjang hari.

Untuk gaya lebih santai tetapi elegan, Drapey Wide Flare Jeans (RM149.90) adalah pilihan sempurna untuk wanita.

Selain jeans, koleksi Denim 25SS juga menampilkan outerwear dan item harian seperti Denim Work Shorts (RM99.90) dan Denim Bermuda Shorts (RM129.90) untuk gaya santai tapi kemas, Denim Oversized Jacket (RM199.90) untuk pakaian effortless, serta Denim Overshirt (RM129.90) yang mudah dipadankan dengan apa sahaja.

Image via UNIQLO

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi UNIQLO Denim 25SS ini, anda boleh sahaja klik di SINI!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: