Dengan Bajet Kurang RM10 Boleh Dapat 120 Keping Sampul Duit Raya! Ikuti Langkah DIY Ini
Jimat pun jimat.
Cover image via Facebook Farhana Nazari IISelain baju raya, kuih raya, dan juadah raya, duit raya juga cukup sinonim dikaitkan dengan sambutan lebaran di samping memainkan peranan dalam menyerikan lagi suasana hari tersebut
Bukan itu sahaja, duit raya juga salah satu perkara yang dinanti-nantikan semasa menyambut Hari Raya nanti terutama sekali golongan kanak-kanak.
Kalau tak bagi duit raya, mesti ada yang bermasam muka.
Image via wifflegif
Kebanyakan sampul duit raya ini boleh diperoleh dari pusat membeli-belah, pusat institusi kewangan dan lain-lain
Tapi kalau nak extra special, boleh buat sendiri sampul duit raya ni!
Mudah sahaja caranya hanya menggunakan kertas pembalut hadiah. Ikuti langkah-langkahnya di bawah:
Image via The Vocket
Bahan-bahan yang diperlukan adalah; kertas pembalut hadiah, gam, gunting atau pisau blade, pensel dan pembaris.
Kertas pembalut hadiah boleh dibeli dimana-mana sahaja. Lebih wajar kalau dibeli dalam satu paket terus, kerana kalau beli sehelai mesti mahal. Satu paket ada 10 helai kertas pembalut dan boleh didapati dengan harga RM5-10.
Perkongsian adalah dari Facebook Puan Farhana Nazari.
Image via Facebook Farhana Nazari II
Langkah Pertama: Kertas pembalut hadiah dilipat kepada 4 bahagian dan kemudian digunting
Image via Facebook Farhana Nazari II
Langkah kedua: Setiap helaian kertas yang telah dipotong kemudian dilipat dan dibahagikan kepada 4 bahagian lagi
Image via Facebook Farhana Nazari II
Langkah ketiga: Gunting untuk mendapatkan saiz helaian kertas kecil seperti ini
Image via Facebook Farhana Nazari II
Langkah keempat: Buat garisan untuk dilipat & potong bahagian yang tidak diperlukan
Image via Facebook Farhana Nazari II
Image via Facebook Farhana Nazari II
Langkah kelima: Lipatkan bahagian kiri dan bawah kertas, kemudian gam
Image via Facebook Farhana Nazari II
Image via Facebook Farhana Nazari II
Sampul duit raya ini boleh diperbuat menggunakan pelbagai warna mengikut citarasa masing-masing.
Paling penting, budak-budak happy dapat duit raya!
Image via Rojak Media

