Tak Boleh Bayang Bagaimana ‘C-Section’ Dibuat? Demonstrasi Pakai Bawang Ini Boleh Bantu!
Tengok kulit bawang kena potong pun boleh rasa nyilu.
Cover image via CocomyZaman kini ramai bakal ibu-ibu yang memilih untuk melahirkan anak secara pembedahan atas alasan-alasan tertentu
Antara alasan-alasan yang kerap didengari adalah bakal ibu ini khuatir akan kesakitan yang bakal dialami sekiranya bersalin secara normal. Di samping itu ada juga yang memilih untuk bersalin melalui kaedah caesarean kerana ingin memilih tarikh lahir untuk anaknya.
Lagi alasan yang kerap kita dengar adalah bakal ibu-ibu ini ingin mengekalkan bentuk faraj mereka yang dikhuatiri akan 'longgar' sekiranya bersalin secara normal.
Namun ramai yang tidak sedar bahawa pembedahan yang dijalankan itu seharusnya dilakukan hanya atas pertimbangan kukuh daripada doktor yang terlibat. Sekiranya tidak ada masalah, doktor akan lebih menyarankan wanita untuk bersalin secara normal.
Walau bagaimanapun, untuk lebih mengetahui bagaimana pembedahan itu dilakukan, satu video menunjukkan demonstrasi pembedahan caesarean atau lebih mudah digelar 'c-section' menggunakan bawang merah telah dirakamkan untuk pemahaman semua.
Lihat step-by-step di bawah:
Image via Google
Image via Google
Bawang merah akan dianggap sebagai perut wanita yang sedang sarat mengandung dan bakal melahirkan bayi
Image via Cocomy
Alkohol akan diletakkan pada permukaan kulit yang akan dibedah untuk membasmi kuman
Image via Cocomy
Lapisan pertama bawang akan dipotong menggunakan pisau dan diikuti lapisan demi lapisan
Image via Cocomy
Image via Cocomy
…sehinggalah bayi kelihatan
Image via Cocomy
Kemudian, bayi akan dikeluarkan
Image via Cocomy
Image via Cocomy
Tali pusat bayi itu kemudiannya akan dipotong dan dibersihkan
Image via Cocomy
Image via Cocomy
Lalu tubuh bayi dibalutkan dengan kain
Image via Cocomy
Kini tibalah masa untuk luka si ibu ditutup dan dijahit
Image via Cocomy
Image via Cocomy
Setelah siap dijahit, jahitan berkenaan akan dibersihkan dengan cecair nyah kuman
Image via Cocomy
Syukur, pembedahan 'c-section' tersebut telah berjaya!
Image via Cocomy
Menurut pakar, untuk pembedahan caesarean, perut ibu akan dipotong sepanjang 9 sentimeter bagi membolehkan bayi dalam kandungan dikeluarkan dan terdapat sebanyak 8 lapisan yang perlu dipotong iaitu kulit, tisu subcutaneous, fascia, peritoneum, uterine fascia, kaviti abdominal, uterine lapisan otot serta lapisan amniotik.

