Sanggup Berhenti Kerja & Tak Kahwin Lepas Ibu Hilang Jari Kaki Akibat Kencing Manis & Hidap Sakit Buah Pinggang

Semoga dipermudahkan urusan mereka.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TRDI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki di Kampung Bukit Anak Dara, Kemaman, Terengganu sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang dan diabetes kronik

Menerusi laporan TRDI, Nata Mohd Nasir, 38, berkata ibunya, Kamaryah Sepeiai, 64, menghidap diabetes sejak 28 tahun lalu selain darah tinggi dan buah pinggang tahap lima sejak tiga tahun lalu. Keadaan kesihatan ibunya semakin merosot sehingga penglihatannya terjejas akibat komplikasi diabetes kronik.

"Ibu terpaksa memotong jari kaki kanan tahun lalu kerana diabetes dan kini menggunakan tongkat untuk berjalan. Sebelum ini, ibu masih dapat melihat, tetapi sekarang kedua-dua matanya sudah tidak jelas.

"Selain menjaga ibu, saya juga uruskan semua kerja rumah termasuk memasak, mencuci pakaian dan mengemas rumah kerana ibu tidak mampu berdiri lama," katanya.

SAYS.com
Image via TRDI

Tinggal bersama ibu kerana adik-beradik lain tinggal berjauhan

Menurut Nata, sebagai anak ketiga daripada enam adik-beradik, dia hanya tinggal bersama ibunya kerana adik-beradik lain tinggal berjauhan dan mempunyai komitmen masing-masing. Bapanya pula tidak bekerja kerana sakit jantung dan tinggal di tempat lain.

"Setiap hari, ibu menjalani dialisis di rumah empat kali sehari dan saya yang urus semuanya termasuk memasang tiub pada perut ibu.

"Saya juga membawa ibu ke klinik untuk menukar balutan kaki setiap dua hari dan rawatan susulan setiap bulan. Memang saya sentiasa berada di sisi ibu," katanya.

Nata berkata dia tidak memikirkan untuk berumah tangga buat masa ini disebabkan tidak sanggup membiarkan ibunya dijaga orang lain.

"Ibu besarkan saya dari kecil, kini masanya untuk saya balas jasa ibu. Wang simpanan saya ketika bekerja juga habis digunakan untuk perbelanjaan harian dan rawatan ibu," ujarnya.

SAYS.com
Image via TRDI

Kos rawatan cecah RM1,000 setiap bulan

Kamaryah berkata dia perlu berjimat cermat menggunakan wang sumbangan anak-anak kerana kos rawatan dan lampin pakai buang mencecah RM1,000 sebulan.

"Mak cik pernah memohon bantuan jabatan, tapi tidak berjaya. Kalau nak ke klinik, mak cik terpaksa naik Grab atau mengupah penduduk kampung kerana kami tiada kereta.

"Terdahulu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal turut menghulurkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan seperti pampers dan barangan dapur bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Anak Dara, Kijal.

"Anak-anak lain bantu setakat kemampuan mereka. Mak cik bersyukur kerana ada anak yang boleh diharapkan dan sanggup berhenti kerja untuk menjaga mak cik," katanya.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Malaysia milik Kamaryah Sepeiai: 704 957 1206 atau hubungi beliau di talian 013-9511088.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: