LIMA ‘Demand’ Dato’ Seri Vida Sebagai Penaja Utama The Red Warriors. Amboi…

Banyak juga 'demand' Dato' Seri Vida ni. Dulu Puteh Puteh Puteh sekarang Pink Pink Pink.

Enlarge text
Logo

1. Stadium Sultan Muhammad IV dicat pink

Permintaan pertama Dato' Seri Vida ialah beliau mahukan Stadium Sultan Muhammad IV dicat kepada warna kegemaran beliau iaitu ***pink***.

Wajah baru Sultan Muhammad IV

Image via www.sinarharian.com.my

Tambahnya lagi, stadium itu juga nanti boleh menjadi mercu tanda negeri Kelantan.

Bagaimana? Cantik tak wajah baru stadium bola kelantan ini? Nampak lebih ceria atau tidak? Tapi saya percaya lepas ini jumlah penonton wanita yang datang ke stadium pasti meningkat.

Image via www.tv14.my

2. Tukar nama pasukan TRW kepada PQPTRW. Eh panjangnya nak sebut?

Nama pasukan pun perlu ***rebrand*** daripada ***The Red Warriors*** kepada ***Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.***

Vida memeterai perjanjian tajaan secara rasmi dengan Kafa pada Jumaat lalu.

Image via www.mstar.com.my

3. Jersi utama pasukan pun perlu bertukar kepada warna Pink

Seterusnya, Dato' Seri Vida ingin jersi pasukan **The Red Warriors** ditukarkan kepada warna ***pink***, selari dengan warna tema produk kecantikannya, **Qu Puteh.**

Mungkin ada yang berpendapat penukaran warna jersi wajar dilakukan, tapi apabila ingin ditukar ***pink*** ia seperti tidak kena. Mungkin juga warna merah sudah sebati dengan pasukan The Red Warriors, sebab itu nampak pelik kan?

Menurut beliau, Cristiano Ronaldo pun memakai jersi ***pink,*** **menang, dan kelihatan** ***macho.*** Baginya warna ***pink*** **bermaruah** dan **memodenkan diri.**

Pandang apa tu?

Image via www.si.com

4. Mahu dilantik sebagai pengurus eksekutif bagi melayakkan dirinya duduk di kerusi pemain simpanan

Bukan itu saja, malah Dato' Seri Vida mahu dirinya dilantik sebagai pengurus eksekutif pasukan walaupun jawatan itu tidak **WUJUD**!

Jawatan tersebut adalah kali pertama diwujudkan dalam pasukan **The Red Warriors**. Apabila ditanya, **motifnya** hanya membolehkan beliau dapat berinteraksi dengan lebih dekat bersama seluruh pemain pasukan sewaktu perlawanan berlangsung.

5. Kalau boleh nak buang terus simbol Nike di jersi pemain. Ha?

"Walaupun Nike keluarkan jersi warna pink, saya tetap tolak," tegas Dato' Seri Vida.

Namun, buat pengetahuan semua, **Nike** masih lagi mempunyai kontrak satu tahun dengan pasukan bola sepak Kelantan.

Apa pendapat anda?

Image via

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Minat bola? Menangi 10 pasang tiket tayangan perdana filem OlaBola DI SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: