Deko Raya MRT Ampang Park Macam 'Hiasan Kelas' Dialih Selepas Terima Respons Pengguna
Cepat je hilang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular di media sosial sebuah dekorasi sempena hari raya Aidilfitri di MRT Ampang dikatakan memburukkan pandangan stesen terbabit
Perkara itu dikongsi pengguna @lompat_bintang di Thread meminta agar pihak MRT mengalihkan dekorasi tersebut.
"Please buka balik benda alah ni, memburukkan pandangan, lebih baik buat simple-simple deco dekat kaunter tu je.
"Kalau nak buat biar gah cantik lawa indah, bukan buat semak mata memandang," tulisnya.
Image via Thread
Dekorasi berkenaan didapati telah dialih dalam masa satu hari apabila ada pengguna menyatakan ia sudah tidak kelihatan lagi
Menerusi tinjauan di bahagian komen, seorang pengguna @afarhanbr mengatakan dekorasi tersebut sudah tiada di stesen MRT Ampang Park.
DIpercayai pihak MRT telah menerima dan cakna terhadap respons yang diberikan orang ramai terhadap dekorasi yang kelihatan agak kurang menarik itu.
Image via Thread
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via