DC Skin & Dr Cute Cipta Sejarah, Terima Anugerah Antarabangsa The Asia Pacific International HONESTY 2026

DC Skin bukti standard global dan jenama lokal diiktiraf.

Enlarge text
Cover ImageCover image via DocCute Maliq (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Industri kecantikan tempatan terus melakar sejarah di persada global apabila jenama DC Skin dan pengasasnya, Dr Cute, meraih pengiktirafan berprestij di acara The Asia Pacific International HONESTY – Book Of Records 2026

Dalam majlis yang berlangsung di Hotel Marriott Putrajaya baru-baru ini, Dr. Cute International Sdn Bhd menerusi jenama DC Skin telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Super Health Brand. Melengkapkan kejayaan berganda tersebut, pengasasnya, Dr. Abdullah @ Maliq Alias, turut diiktiraf sebagai Duta Kesihatan Asia Pasifik.

Bagi Dr. Cute, anugerah ini bukan sekadar trofi untuk dibanggakan, tetapi satu amanah besar untuk terus mendidik masyarakat Malaysia. Sebagai seorang profesional dalam bidang perubatan, beliau komited untuk mengubah stigma "cantik mestilah putih" yang sering menjerat pengguna dengan produk kosmetik tidak selamat.

"Saya lebih bersemangat untuk memberi tumpuan kepada usaha mendidik masyarakat dalam memilih produk kosmetik yang selamat. Ramai yang masih mahukan kesan cepat tanpa memikirkan risiko bahan berbahaya seperti merkuri," katanya.

SAYS.com
Image via DocCute Maliq (Facebook)

Kisah di sebalik jenama dan pengorbanan seorang anak

Di sebalik kegemilangan hari ini, perjalanan Dr. Cute bermula dengan sebuah kisah peribadi yang menyentuh hati. Pada tahun 2016, beliau melepaskan cita-citanya untuk menjadi pakar bius demi menjaga ibunya yang menghidap kanser.

Pengalaman tersebut membuka matanya terhadap lambakan produk tidak selamat di pasaran, lantas mencetuskan tekad untuk membangunkan formulasi sendiri yang berasaskan kajian klinikal. Kini, selepas enam tahun di pasaran, DC Skin telah membuktikan kualitinya apabila berjaya menembusi lebih 300 cawangan Watsons di seluruh negara sejak Januari lalu.

Apa yang membezakan DC Skin daripada jenama kosmetik lain adalah pendekatan saintifiknya. Produk "hero" mereka seperti suplemen VCSKNZ Probiotik, Gloskyn (oral sunblock), dan Lipotech dihasilkan melalui kolaborasi penyelidikan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain diuji secara klinikal, produk DC Skin juga telah menerima pensijilan Halal daripada JAKIM, sekali gus memberikan keyakinan penuh kepada pengguna tentang integriti dan keselamatan setiap bahan yang digunakan.

Kejayaan DC Skin menjadi bukti jelas bahawa jenama tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa sekiranya ia berpaksikan ilmu, keselamatan, dan kejujuran.

SAYS.com
Image via DocCute Maliq (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik