DBP Tegur Pihak Wakili Jabatan Kerajaan Kerap Menamakan Program Guna Bahasa Inggeris
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menegaskan peranan bahasa kebangsaan perlu digunakan dalam urusan rasmi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberi teguran terhadap segelintir pihak daripada mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan yang mengutamakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu dalam menamakan program, premis, kursus dan kempen
Menerusi laporan Bernama, Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari berkata penganjur dan pihak pengurusan yang menggunakan bahasa Inggeris dalam acara rasmi kerajaan dihadiri oleh rakyat Malaysia turut perlu cakna ke atas teguran tersebut.
"Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan kedudukan bahasa Melayu bagi urusan rasmi di jabatan kerajaan, bertepatan dengan peruntukan yang termaktub dalam Perkara 152(6).
"Orang yang tidak mendaulatkan dan menggunakan bahasa Melayu dalam urusan kerajaan adalah orang yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Menurutnya, penggunaan bahasa Inggeris sentiasa dipopularkan untuk paparan umum seperti program Back to School dan KL Car Free Morning sedangkan majoriti yang terlibat dalam program tersebut adalah rakyat Malaysia.
Program tidak sepatutnya menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris hanya kerana dua, tiga orang sahaja peserta asing terlibat
Tambah Hazami, dia mempersoalkan tindakan penganjur program yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris hanya disebabkan terdapat dua atau tiga orang sahaja peserta asing yang menghadiri mana-mana program yang dianjurkan.
"Kalau kita pergi ke China, Perancis, Jerman misalnya, mereka akan gunakan bahasa kebangsaan mereka, bahasa ibunda mereka. Kita yang perlu cari penterjemah kalau ingin memahami apa-apa yang mereka cakapkan.
"Negara maju lebih menghormati bahasa mereka, sekiranya kita ingin menjadi sebuah negara yang maju, hormatilah bahasa kebangsaan kita sendiri," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 