DBKL Rancang Penggunaan Body Cam Pada Anggota Diperluas Susulan Insiden Abang Belon

Penggunaan kamera badan ketika ini hanya membabitkan operasi besar-besaran seperti menyita atau menggempur premis tidak berlesen.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam perancangan untuk perluaskan pemakaian kamera badan (BWC) pada anggota penguat kuasa

Menerusi laporan Berita Harian, perkara ini dicadangkan susulan berlaku beberapa insiden kekecohan melibatkan anggota DBKL baru-baru ini.

Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Lai Chen Heng berkata beberapa perkara perlu diteliti sebelum penggunaan BWC ini diperluaskan lagi.

"Perluasan penggunaan kamera badan akan dicadangkan dalam masa terdekat, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti antaranya kos dan juga sistem penyimpanan data.

"Kita mempunyai beribu anggota penguat kuasa, selain kos kamera itu sendiri, kita perlu fikir bagaimana data yang diperoleh setiap hari itu akan disimpan. Kita juga perlu melabur untuk sistem penyimpanan," katanya.

Gambar sekadar hiasan

Image via Berita Harian

DBKL merehatkan tiga pegawai yang terlibat dalam insiden kekecohan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) minggu lalu

Menurut Chen Heng, penguat kuasa akan mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga notis kepada individu yang tidak mempunyai lesen atau melakukan sebarang kesalahan sebelum sesuatu tindakan diambil.

"Bayangkan sehari kami bagi tiga notis. Kalau 30 hari sudah berapa banyak notis kami keluarkan? Bila anggota tegur, individu berkenaan akan lari ke tempat lain sebelum kembali ke lokasi sama.

Mengulas insiden yang tular baru-baru ini, Chen Heng berkata setiap anggota penguat kuasa DBKL mempunyai garis panduan dalam menjalankan tugas.

Kekecohan dipercayai berlaku disebabkan tindakan penguat kuasa DBKL terhadap individu yang didakwa berniaga tanpa lesen di lokasi berkenaan.

"Sejujurnya, kami kesal dengan kekasaran yang berlaku. Oleh itu, kami sudah mengambil tindakan untuk mengurangkan impak (damage control) dengan merehatkan tiga pegawai terbabit. Sekiranya ada laporan polis, kami akan membuat siasatan dalaman terhadap mereka.

"Namun DBKL akan membantu mereka untuk mendapatkan lesen. 
Malah, apa yang kita sarankan sekarang adalah untuk penjaja berurusan secara terus dengan DBKL tanpa perlu melalui persatuan," tambahnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: