DBKL Laksana Pemutihan Penjaja, Permohonan Lesen Akan Dibuka Mulai 1 Jun Ini

Semua permohonan dikemukakan akan dinilai dan disaring mengikut syarat ditetapkan DBKL.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan akan melaksanakan inisiatif Pemutihan Penjaja 2025 bagi memperkemas pengurusan sektor penjajaan di ibu kota agar perniagaan lebih teratur

Menerusi kenyataan di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, inisiatif ini selaras dengan arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, merangkumi dua kategori utama merangkumi penjaja beredar tanpa kenderaan dan penjaja sementara.

Difahamkan, penjaja beredar tanpa kenderaan merujuk individu yang menjalankan aktiviti jualan secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan kenderaan.

"Lesen ditawarkan kepada mereka sama ada melalui program semasa atau tanpa program dengan aktiviti dibenarkan termasuk penjualan makanan dan minuman yang berbungkus, penjualan bunga jalanan serta penjualan permainan kanak-kanak," katanya.

Bagi penjaja sementara, kenyataan itu memberitahu ia meliputi individu yang menjalankan perniagaan secara statik di gerai atau petak tepi jalan mengikut waktu operasi ditetapkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Aktiviti dibenarkan terhad kepada penjualan makanan dan minuman secara berbungkus sahaja, dan lesen disediakan adalah dalam bentuk Lesen Waktu Terhad atau Lesen Gerai Tepi Jalan," katanya.

Image via Berita Harian

Permohonan mendapatkan lesen penjaja dibuka mulai 1 jun

Dalam pada itu, mereka memaklumkan permohonan untuk mendapatkan lesen penjajaan akan dibuka selama sebulan bermula 1 Jun sehingga 30 jun depan, kecuali bagi lesen penjaja beredar tanpa kenderaan melalui program semasa yang tertakluk kepada kelulusan dalam tempoh ditetapkan.

"Semua permohonan yang dikemukakan akan dinilai dan disaring mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh DBKL, manakala maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan serta kaedah permohonan akan diumumkan secara terperinci melalui Portal Rasmi DBKL dan saluran media sosial rasmi DBKL.

"Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya pada Ogos depan.

"Semua urusan permohonan hendaklah dibuat secara langsung kepada DBKL kerana pihak kami tidak melantik mana-mana individu, wakil atau pihak ketiga untuk menguruskan permohonan ini, sekali gus mengelakkan unsur penipuan atau penyebaran maklumat tidak sahih.

"DBKL yakin pelaksanaan inisiatif Pemutihan Penjaja 2025 akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat, sekali gus meningkatkan daya saing dan profesionalisme serta menyumbang kepada persekitaran ekonomi yang lebih mampan, tersusun dan inklusif di Kuala Lumpur," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: