DBKL Dedah Terdapat RM14 Juta Tunggakan Sewa, RM12 Juta Bil Air Di 51 PA & PPR
Banyaknya :O
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejumlah RM14 juta tunggakan sewa dan RM12 juta tunggakan bil air direkodkan di semua 51 perumahan awam (PA) dan Projek Perumahan Awam (PPR) di ibu negara
Menerusi laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata pelbagai usaha dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memastikan keperluan asas penghuni di PA dan PPR terjamin.
"Sebelum ini, jalan di sekitar PA dan PPR hanya ditampal. Namun kini, DBKL sudah laksanakan inisiatif menurap sepenuhnya jalan bagi keselesaan penghuni.
"Diharap selepas pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh DBKL, penghuni akan menjelaskan tunggakan sewa dan (bil) air," katanya.
Menurutnya, terdapat senarai panjang individu lain memerlukan yang mahu menghuni PA dan PPR di ibu kota ini.
"Kita ada senarai menunggu yang panjang dan tidak adil bagi mereka apabila ada penghuni yang menikmati kemudahan ini tetapi tidak menjelaskan tunggakan mereka sedangkan kadar sewa adalah rendah iaitu RM124 sebulan," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.
Image via Hannah Yeoh (Facebook)Dalam perkembangan lain, Hannah telah memohon jumlah peruntukan daripada kerajaan untuk menambah kos penurapan jalan di sekitar Kuala Lumpur
"Semasa mesyuarat Majlis Kewangan bersama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua menteri besar dan ketua menteri, baru-baru ini, saya ada memohon untuk tambahan jumlah peruntukan bagi DBKL menurap jalan di ibu kota ini.
"DBKL menerima RM33 juta dan jumlah itu pastinya tidak mencukupi memandangkan kos penurapan pastinya tinggi selaras dengan jumlah kemasukan kenderaan di jalan-jalan di sekitar ibu kota ini yang merekodkan lebih satu juta," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata pihaknya banyak menerima aduan mengenai kerosakan kemudahan terutama lif di PA dan PPR di kawasan pentadbirannya.
"Aduan paling banyak yang kami terima adalah membabitkan lif. Di PA Hang Tuah, penghuni ada maklumkan untuk mohon penukaran lif yang kerap rosak," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 