Datuk Seri Siti Nurhaliza Mohon Jangan Timbulkan Spekulasi Susulan Kejadian Menimpa Anak Buah

Ahmad Dayyan, anak saudara kepada biduanita negara itu tumbang di pentas akhir sebuah program realiti nyanyian malam tadi.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, keluar kenyataan memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian anak saudaranya yang tumbang di pentas akhir sebuah program realiti nyanyian

Penyanyi tersebut menerusi hantaran di Instagram menjelaskan pihak keluarga mengetahui punca sebenar kejadian dan menafikan ia berpunca daripada masalah kesihatan, tekanan emosi mahupun keletihan seperti yang banyak ditemui dibincangkan di media sosial.

"Sebagai ahli keluarga, kami tahu apa yang berlaku. Ia bukan disebabkan faktor kesihatan, komen-komen negatif atau kepenatan.

"Namun sebagai manusia biasa, kita percaya ada hal-hal luar dugaan atau perkara yang sukar dijelaskan dengan akal, tetapi itulah hakikatnya," tulisnya.

SAYS.com
Image via Instagram

Keadaan Ahmad Dayyan dikatakan baik sebelum bermulanya program

Menurutnya lagi, keadaan remaja berusia 13 tahun yang mesra dipanggil Amad itu sebenarnya dilihat stabil dan sihat. Malah, remaja berkenaan dilihat berada dalam keadaan bersedia sebelum program bermula.

"Takdir berkata lain. Begitulah, setiap kita ada ujian tersendiri, apatah lagi dalam bidang ini yang penuh cabaran.

"Malam tadi bukan Amad sahaja yang terkena tempias, malah adiknya, Aisy juga turut merasai kesannya.

"Doakan agar kita semua dilindungi-Nya dan doakan juga kesejahteraan Amad," tulisnya.

Dalam persembahannya malam tadi, Amad dilihat menahan kesakitan hingga hampir tidak mampu meneruskan persembahan sambil dipeluk ibunya Siti Saerah.

Difahamkan, ketika tiba gilirannya menyanyikan lagu Cinta Kerana Cinta nyanyian asal Judika, Amad tiba-tiba rebah di atas pentas namun sempat disambut kru bertugas.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: