“Dari Super Ring Hingga Mamee” – Kenali 19 ‘King Of Jajan’ Yang Sebenarnya Buatan Malaysia
Laparlah pulak 😛
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mungkin dah ramai kita tahu banyak je sebenarnya jajan dan keropok yang popular sebenarnya buatan Malaysia
Tapi kita tahu ke asal usul makanan-makanan ringan ini mengikut negeri tempat penghasilannya?
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda makanan-makanan ringan popular buatan Malaysia mengikut negeri asal masing-masing
Melaka
1. Mamee
Mamee merupakan produk milik syarikat Mamee-Double Decker Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Melaka pada tahun 1971.
Syarikat ini juga merupakan pengeluar jenama snek kegemaran ramai sepanjang zaman seperti Double Decker, Mister Potato dan Corntoz.

2. Super Ring
Super Ring dikeluarkan oleh Oriental Food Industries, yang ditubuhkan di Melaka pada tahun 1996.
Syarikat ini juga menghasilkan snek terkenal lain seperti Rota, Jacker, dan Zess.

3. Biskut Julie's
Julie's berasal dari Alor Gajah, Melaka dan dikeluarkan oleh Perfect Food Manufacturing Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 1981.

Johor
4. Miaow Miaow
Miaow Miaow merupakan sebuah syarikat snek tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1975 di Batu Pahat, Johor.

5. Snek Ku
Snek Ku, yang terkenal dengan snek ikonik Mi-Mi dan Tam Tam, telah dimulakan penghasilannya di Batu Pahat, Johor pada tahun 1976.

6. Munchy's
Munchy's, yang terkenal dengan jenama biskut LEXUS, MUZIC dan Oat Krunch, ditubuhkan di Batu Pahat, Johor pada tahun 1991 oleh adik-beradik SK Tan dan LK Tan.

7. Kek lapis Apollo
Apollo ditubuhkan pada tahun 1994 di Johor Bahru.

8. Biskut kering Hup Seng
Hup Seng bermula kecil di Batu Pahat, Johor pada tahun 1957 oleh empat beradik Kerk.
Syarikat ini juga menghasilkan Biskut Teddy Coklat Cap Ping Pong dan Biskut Sultana Kerk kegemaran di zaman kanak-kanak.

9. Biskut Hwa Tai
Hwa Tai, yang terkenal dengan biskut kering Siang Siang dan LUXURY, ditubuhkan pada tahun 1962 dan bertapak di Batu Pahat, Johor.

Negeri Sembilan
10. Himalaya Salt Sports Candy
Himalaya Salt Sports Candy merupakan produk Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 2001 di Tampin, Negeri Sembilan.
Syarikat ini juga menghasilkan Big Foot Lollipops yang juga popular ketika di zaman kanak-kanak.

Selangor
11. Crispy Chocolatey Rice Cereal
Crispy dihasilkan oleh Network Food Industries Sdn Bhd, yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Ia ditubuhkan pada tahun 1973.

Kuala Lumpur
12. Beryl's chocolates
Beryl's ditubuhkan pada tahun 1995 di Desa Serdang, Kuala Lumpur.
Jenama coklat tempatan ini menjadi terkenal sehingga ia telah memindahkan kilang pembuatannya ke Seri Kembangan untuk meningkatkan pengeluaran, dalam masa yang sama membuka kilangnya kepada orang ramai untuk lawatan pendidikan.

Perak
13. Kacang tanah Pagoda
Kacang Tanah Pagoda Menglembu bermula dari sebuah rumah asap kecil di Sungai Siput, Perak pada tahun 1945.

14. Kacang tanah Ngan Yin
Sebuah lagi jenama tempatan yang sinonim dengan kacang tanah ialah Cap Tangan milik syarikat Ngan Yin. Perusahaan ini ditubuhkan pada tahun 1945 di Kampar, Perak.

Pulau Pinang
15. PoPo Muruku Ikan
Syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang, Thien Cheong mula membuat PoPo Fish Muruku pada tahun 1970-an.
Terdapat kisah latar belakang manis mengapa terdapat gambar bayi berlampin pada pembungkusannya.

Kedah
16. Cocon Fruit Puddings
Cocon disifatkan sebagai perintis dan pengeluar puding terbesar di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan di Sungai Petani, Kedah pada tahun 1993.

Sarawak
17. Dahfa Snek Ikan
Dahfa Snek Ikan merupakan produk daripada Dahfa Foods Manufacturing Sdn Bhd, yang bertapak di Kuching, Sarawak.

Sabah
18. Hari Hari keropok
Hari Hari Snack Food terkenal dengan sneknya seperti Coco Delite, Abangku Cheese dan Abangku Udang. Syarikat ini ditubuhkan di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 1977.

19. Tasen snack crackers
Keropok snek Tasen dikeluarkan oleh Mikita Food Industries, yang berpangkalan di Sandakan, Sabah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 