Dapat Jemputan Ke China, Khairul Aming Tunjuk Setiap Kedai Di Mall Ada Livestream Studio

Meriah lain macam!

Cover ImageCover image via @khairulaming (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dijemput ke sebuah acara di dalam sebuah pusat beli-belah di China, Khairul Aming kongsi setiap kedai mempunyai livestream studio mereka sendiri

Menerusi sebuah perkongsian oleh Khairul Aming di X, dia telah menunjukkan sesuatu yang jarang dilihat di dalam sebuah pusat beli belah.

Setiap kedai di pusat beli belah tersebut dilihat mempunyai livestream studio mereka sendiri.

Menurut Khairul Aming, pengunjung boleh sahaja walk-in ke dalam kedai dan dalam masa yang sama mereka boleh melihat sendiri hos live sedang menjual barangan di studio masing-masing.

Image via X

Hos mampu capai jualan sehingga RM40 juta

Tambahnya, hos yang membuat siaran langsung menjual barangan tersebut mampu peroleh hasil yang lumayan.

"Top host live dalam masa empat hingga lima jam dapat, sales sampai RM40 juta," tulisnya di X.

Difahamkan, Khairul Aming telah mendapat jemputan ke China bagi menghadiri sebuah acara anjuran TikTok Shop.

Wajahnya dilihat terpampang pada billboard gergasi di dalam pusat beli-belah terbabit bersama beberapa lagi pencipta kandungan TikTok dari Malaysia.

Image via null

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: