Dapat Info Tak Tepat, Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia Mohon Maaf Kepada Veveonah

Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Zahidi Zainul Abidin (Facebook)
Logo

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memohon maaf kepada Veveonah Mosibin menerusi posting di laman media sosial Facebook miliknya sebentar tadi

Hal ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh beliau pada perbahasan di Dewan Negara hari ini telah menerima pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Isu menjadi lebih panas apabila terdapat kenalan Veveonah yang mengakui gadis berkenaan sememangnya sedang menjalani peperiksaan pada ketika itu serta turut berkongsikan jadual peperiksaan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Berikut di bawah adalah status Facebook yang dimuat naik oleh Datuk Zahidi:

Bukti yang diberikan secara tidak langsung membidas kenyataan Datuk Zahidi sekaligus membuatkan para netizen menjadi isu perdebatan hangat di media sosial

Walau bagaimanapun, menerusi status terbarunya di Facebook, Datuk Zahidi memberitahu beliau ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.

Selain itu, beliau juga telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Datuk Zahidi juga memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel berkaitan mengenai Veveonah hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: