Didakwa Libatkan Aksi Tidak Bermoral & Beri Air Menghayalkan, Program eHATI Kini Dalam Perhatian Polis
Program motivasi itu didakwa menyebarkan ajaran sesat dan menyasarkan golongan wanita bekerja serta berdepan krisis rumah tangga.
Cover image via Masyitah Ashari (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis mengesahkan telah membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti kesalahan jenayah berhubung program motivasi rumah tangga eHATI yang didakwa tidak bermoral
Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata beberapa saksi akan dipanggil bagi mendapatkan pengesahan, termasuk melibatkan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan dalam masa terdekat.
"Setakat ini maklumat hanya diperoleh daripada pihak ketiga dan polis akan memanggil mana-mana individu yang terlibat bagi membuktikan sama ada wujudnya kesalahan jenayah atau sebaliknya.
"Susulan itu, polis akan membuka kertas siasatan bagi mendapatkan keterangan secara terus dan pengesahan mengenai penggunaan air tertentu atau kesalahan lain di bawah Kanun Keseksaan," katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Image via UtusanJalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk siasatan
Hussein berkata pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut bidang kuasa masing-masing bagi mendapatkan fakta penting berkaitan dakwaan terhadap eHATI.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah meminta JAIS untuk menyiasat dakwaan berlaku aktiviti tidak bermoral semasa penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam.
Amirudin dilaporkan berkata perkara itu perlu diambil berat dan tindakan tegas perlu diambil, jika dakwaan tersebut didapati benar setelah penyiasatan secara menyeluruh dilakukan.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu berkaitan doktrin palsu, kerana disyaki berlaku upacara atau perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



