Dakwa PMX Pakai Batik Indonesia, Ahmad Amzad Minta Maaf Lepas Jenama Baju Batik Sendiri Bersuara
Dakwaan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu di Facebook bagaimanapun telah dipadam olehnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengeluarkan kenyataan maaf selepas mendakwa baju batik yang dipakai Perdana Menteri adalah batik Indonesia
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada hantaran di akaun Facebook miliknya, Ahmad Amzad mengaku salah dan beri permohonan maaf sebaik mendapati baju batik yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 sebenarnya adalah batik Malaysia.
"Saya tidak akan pertahankan khilaf saya dan hanya sedar sebentar tadi dimaklumkan pegawai saya kerana saya dalam kenderaan sepanjang perjalanan dari KL kembali ke Kuala Terengganu tidak mengikuti perkembangan posting tersebut.
"Yang ini memang salah saya dan perlu saya betulkan segera. Terima kasih semua yg berikan teguran.
"Kepada YAB PM, saya minta maaf, niat saya hanyalah memberikan pandangan kerana sebagai wakil rakyat Terengganu yang sentiasa bergaul dengan ramai pengusaha batik Malaysia antara isu yang selalu dibangkitkan adalah tentang nasib industri Batik Malaysia," tulisnya.

Pengasas jenama baju batik yang dipakai Anwar tegaskan ia merupakan batik Malaysia
Menerusi laporan Sinar Harian, Pengasas Bujins Batik, Amir Harith, 35, menegaskan baju batik yang dipakai Perdana Menteri sememangnya batik Malaysia.
Menurut Amir, Anwar telah beberapa kali mengenakan batik hasil ciptaan butiknya dalam program-program rasmi kerajaan.
"Maaf YB, itu batik Malaysia buatan Tunjung, Kelantan. Batik yang dikenakan oleh Perdana Menteri dianggarkan bernilai RM900 hingga RM1,800.
"Bujins Batik telah ditubuhkan sejak 2009 dan beroperasi di Tunjung. Saya aktif melukis batik sejak berusia 19 tahun," katanya.
Bujins Batik menerusi hantaran di laman sosial mereka semalam turut berkongsi perasaan bangga melihat Anwar memakai baju batik hasil karya mereka sekali gus menafikan dakwaan Ahmad Amzad sebelum ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 