Elak Isteri Meroyan, MTUC Kata Suami Layak Terima Cuti Sebulan Dengan Gaji Penuh

Semata-mata demi anak dan isteri.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Bagi mengelakkan ibu-ibu mengalami meroyan selepas bersalin, suami sepatutnya diberi cuti sebulan dengan gaji penuh

Cadangan ini telah dibuat oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) beberapa hari lalu. MTUC menganggap setiap suami yang bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta layak mendapat cuti bersalin selama sebulan dengan bayaran gaji penuh untuk bersama-sama isteri.

Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon berkata, cuti sedia ada yang diperuntukkan untuk pekerja buat masa kini masih tidak mencukupi.

J. Solomon.

Image via

Menurut sumber, suami atau bapa diberi cuti selama HANYA tujuh hari untuk kakitangan kerajaan

Durasi cuti bagi kakitangan swasta pula bergantung kepada ihsan majikan masing-masing.

Cadangan itu diketengahkan susulan semakin banyak kes melibatkan pospartum psikosis atau meroyan yang dihadapi ibu-ibu selepas bersalin

Menurutnya lagi, masalah perubahan emosi wanita selepas bersalin akan dapat diatasi sekiranya suami berada di sisi. Suami juga berhak mendapat cuti panjang demi untuk menjaga isteri dan membesarkan anak dengan lebih baik.

Image via

J. Solomon menyeru kerajaan agar dapat menguatkuasakan cadangan ini bagi memastikan suami atau bapa mendapat cuti sebulan selepas isteri bersalin

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Suami isteri WAJIB baca ni:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: