“Cukup Hanya Minta Maaf” – Peguam Beri Pendapat Isu Radio Era FM Dikatakan Hina Agama Lain
Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan secara baik.
Cover image via @era.je (Instagram)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak beberapa hari lalu, satu Malaysia kecoh dengan isu hangat tiga penyampai stesen radio Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad yang didakwa mempersendakan agama Hindu melalui video parodi mereka
Klip video tersebut tular di seluruh media sosial dan telah mencetuskan kontroversi selepas segelintir kaum Hindu terasa dengan konten tersebut yang dikatakan seolah-olah mempermainkan tarian Kavadi dan agama mereka.
Susulan itu, ketiga-tiga penyampai radio tersebut tampil memohon maaf atas kekhilafan mereka yang tidak disengajakan itu.
Namun begitu, selepas beberapa hari isu tersebut tular, ramai yang berpendapat tindakan mereka meminta maaf sudah memadai dan tidak perlu dibesar-besarkan oleh sesetengah pihak.
Tidak terkecuali dengan seorang peguam bela, Mahmud Jumaat. Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau menyatakan sebenarnya ini semua hanyalah salah faham dan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan.
Image via Mahmud Jumaat (Facebook)
Nabil, Radin dan Pak Azad sepatutnya perlu menjelaskan bahawan konten tersebut bukan bertujuan menghina agama lain, sebaliknya ia hanyalah parodi tarian muay thai Miki Ghazali
Menurut beliau, Nabil, Radin dan Pak Azad sudah membuat tindakan yang betul iaitu meminta maaf secara terbuka dan mengaku kesalahan yang mereka lakukan tanpa sengaja.
Walau bagaimanapun, sebenarnya mereka tidak perlu sampai ke Batu Caves untuk permohonan maaf kepada pihak sana dan ia dianggap agak keterlaluan.
"Apabila terus mengaku salah dan memohon maaf seolah-olah ia menunjukkan mereka memang ada niat untuk menghina dan mempersendakan agama Hindu," katanya.
Image via Mahmud Jumaat (Facebook)
Image via Mahmud Jumaat (Facebook)
Image via Mahmud Jumaat (Facebook)
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Facebook turut bersetuju bahawa minta maaf sudah memadai dan biarlah pihak berkuasa yang menentukan sama ada mereka terbukti bersalah atau tidak
"Video 3 DJ yang menari dan gelak ketawa adalah berdasarkan context kepada tarian Miki sebelum memulakan perlawanan. Ianye jelas bukan menghina agama or kaum hindu.
"Lirik lagu asal juga ada menyebut vai2 meskipon bukan vel2. Tetapi rentak yang di sebut juga hampir sama.
"Tindakan 3DJ meminta maaf kepada kalian sudah memadai meskipon mereka tidak berniat menghina. Tetapi itu la contoh akhlak muslim yang baik , meminta maaf kerana ada kekeliruan or terguris," tulisnya.
Image via Alif Hakim (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


