Cucu-Cucu Founder Genting Pertikai Agihan Harta Pusaka RM1.6 Bilion Milik Mendiang Ibu

Pertikaian harta pusaka tersebut kali pertama muncul pada Jun 2023.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Hype & Resorts World & FMT
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pertikaian harta pusaka antara cucu-cucu Tan Sri Lim Goh Tong bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, 23 Februari, dengan aset bernilai RM1.6 bilion dipertaruhkan

Menerusi laporan New Straits Times, tuntutan sivil itu tertumpu kepada anak perempuan bongsu Goh Tong, mendiang Lim Siew Kim, yang meninggal dunia akibat kanser ovari tahap 4 pada Julai 2022 pada usia 73 tahun.

Siew Kim meninggalkan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki. Tuntutan itu difailkan oleh dua orang anak perempuannya, Chan T'shiao Li, 48 dan Kimberley Chan T'shiao Min, 45 yang cuba membatalkan wasiat terakhir ibu mereka.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, adik-beradik perempuan itu berkata ibu mereka telah menyediakan dua wasiat bertarikh 2 November 2021 dan 11 April 2022.

Mereka berhujah bahawa ibu mereka tidak mempunyai keupayaan pemahaman undang-undang dan mental yang diperlukan untuk melaksanakan wasiat ketiga pada 28 April 2022, 17 hari selepas wasiat sebelumnya.

Mereka mendakwa bahawa pelaksanaan wasiat ketiga oleh Siew Kim dalam tempoh yang singkat menimbulkan syak wasangka tentang bagaimana wasiat terakhir itu disediakan dan dibuat.

Adik-beradik perempuan itu berkata mereka tidak faham mengapa ibu mereka tergesa-gesa melaksanakan wasiat terakhir ketika kesihatan mental dan fizikal mereka lemah dan merosot.

SAYS.com

Lim Siew Kim meninggal dunia pada 14 Julai 2022.

Image via Focus Malaysia

Peguam, Datuk Low Beng Choo, salah seorang defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu, beri keterangan bahawa mendiang berwaspada dan sedar ketika dia menandatangani wasiat dari katilnya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

"Dia tidak mempunyai sebarang tiub yang terkeluar dari badannya ketika duduk di atas katil dan menandatangani wasiat itu halaman demi halaman," kata Low, bekas setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia.

Peguam kanan Datuk V Sithambaram, yang mewakili plaintif, membantah kenyataan bertulis Low diterima sebagai bukti, lapor NST.

Beliau berhujah bahawa bukti lisan dan dokumentari hanyalah khabar angin yang didakwa dibuat oleh si mati, seperti yang disampaikan oleh Low.

Tambahnya, bukti sedemikian harus dipadamkan kerana tiada cara untuk menentukan kesahihannya.

SAYS.com

Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong.

Image via FMT

Plaintif mendakwa bahawa mereka kemudiannya mendapati Low mempunyai kepentingan dalam harta pusaka si mati melalui Yayasan Dikim

Yayasan terbabit ditubuhkan oleh Siew Kim dan mendiang suaminya, Dick Chan Teik Huat yang dilaporkan merupakan penerima manfaat utama wasiat tersebut, menerima 70% daripada baki harta pusaka.

Plaintif mendakwa bahawa tujuan sebenar yayasan itu masih tidak jelas dan masih samar-samar.

Laporan FMT pada 2023 menyatakan bahawa yayasan itu menyediakan biasiswa pendidikan dan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

Berikut adalah aset dan benefisiari yang digariskan dalam wasiat tersebut:

Yayasan Dikim

  • 70% daripada harta pusaka
  • Hartanah di Pearl Hill, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
  • Pegangan saham dan harta dalam Suria Waras Development Sdn Bhd

Marcus Chan Jau Chwen, anak lelaki Siew Kim (juga dinamakan dalam tuntutan)

  • 30% daripada harta pusaka
  • Kandungan semua peti deposit keselamatan
  • Hartanah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur
  • Pegangan saham dalam Mantap Awana Sdn Bhd

Cressa Chan T'shiao Yunn, juga anak perempuan Siew Kim

  • RM10 juta dan hartanah di Ampang Hilir, Kuala Lumpur
  • Anak perempuannya, Jasmine, akan menerima RM50,000 sebulan

T'shiao Li, plaintif

  • RM900,000

T'shiao Min, plaintif

  • RM100,000

Baca laporan penuh NST di SINI.

SAYS.com
Image via FMT

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: