Cuaca Panas Melampau? Ini Sebab Kenapa Malaysia Rasa Macam Dalam ‘Oven’ Sekarang

Patutlah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekarang ini, kalau setiap kali keluar rumah pasti kita ada rasa macam bahang semacam sahaja bukan?

Rasa macam makin hari makin panas, kan? Tak kira pagi, petang atau malam, suhu kekal tinggi sampai nak tidur pun rasa melekit. 

Cuaca macam ni bukan sekadar 'musim panas biasa'. Ada beberapa faktor saintifik dan global yang menyumbang kepada gelombang panas yang kita alami sekarang.

Kalau anda tertanya-tanya kenapa Malaysia panas gila kebelakangan ni, jom kita tengok beberapa sebab utama:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Fenomena El Niño tengah aktif sekarang

El Niño berlaku apabila suhu permukaan laut di Lautan Pasifik naik secara luar biasa. Ini ganggu pola cuaca global dan termasuk di Asia Tenggara. Bila El Niño aktif, negara macam Malaysia jadi lebih kering dan panas daripada biasa.

Suhu global memang tengah pecah rekod

Dilaporkan tahun 2023 dan 2024 adalah di antara tahun paling panas dalam sejarah moden. Pemanasan global menyebabkan bumi secara keseluruhan jadi lebih panas, ia termasuk Malaysia. Jadi, walaupun El Niño sementara, kesan perubahan iklim buatkan kita rasa 'double trouble'.

Kurangnya hujan sebab monsun yang lemah

Untuk pengetahuan anda, kita sekarang berada dalam fasa monsun barat daya, yang memang biasanya kering.

Tapi kali ini, monsun tu lebih lemah daripada biasa, jadi langit tak banyak berawan dan kurang hujan. Ini buatkan haba terus 'terperangkap'.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Aktiviti manusia pun menyumbang, terutama di bandar

Kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Penang ada kesan pulau haba bandar (urban heat island).

Bangunan konkrit dan jalan tar serap haba waktu siang dan lepaskan balik waktu malam. Disebabkan itulah waktu malam pun kita masih rasa panas.

Kurangnya pokok, jadi kurang sejuk

Penebangan pokok dan pembangunan agresif membuatkan banyak kawasan kurang teduhan semula jadi.

Pokok sebenarnya membantu untuk menyejukkan udara melalui proses transpirasi. Jadi, bila pokok makin kurang, suhu makin naik.

Kualiti udara teruk juga buatkan kita rasa lebih 'tercekik'

Bila jerebu atau habuk banyak dalam udara, suhu dirasa jadi lebih 'tercekik' dan panas, walaupun bacaan sebenar tak setinggi mana. Kombinasi haba dan udara tak sihat menjadikan ketidakselesaan pada kita.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: