Covid-19 Boleh Hidup Di Atas Permukaan Wang Kertas & Telefon Bimbit Selama 28 Hari

Elakkan pembayaran wang tunai jika ada perkhidmatan bayaran menggunakan kad.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Google
Logo

Sebuah kajian di Australia mendapati virus Covid-19 boleh hidup di atas permukaan sehingga 28 hari

Tahukah anda bahawa virus Covid-19 ini boleh hidup di atas permukaan sehingga 28 hari? Ya betul!

Menurut laporan, sebuah kajian telah dilakukan di Australia iaitu Agensi Sains Kebangsaan Australia (CSIRO) dengan melakukan penyelidikan tentang Covid-19.

Pusat kawalan penyakit CSIRO itu melakukan kajian ke atas jangka hayat SARS-CoV-2 iaitu nama saintifik bagi Covid-19, dalam tiga suhu yang berbeza.

Mereka mendapati, kadar survival atau kemandirian virus itu menurun apabila suhu bertambah panas. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Boleh hidup di permukaan kaca, besi dan wang kertas

Dalam pada itu, saintis mendapati SARS-CoV-2 berada dalam keadaan teguh pada suhu 20 darjah selsius di permukaan licin seperti skrin telefon bimbit selain dapat hidup selama 28 hari di permukaan kaca, besi dan wang kertas.

Menurut mereka, kadar kemandirian virus itu menurun ke tujuh hari dan menjunam kepada 24 jam apabila suhu meningkat kepada 40 darjah selsius.

Virus itu juga hanya mampu hidup sehingga 14 hari di permukaan berliang seperti kapas pada suhu terendah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Virus boleh menjangkiti seseorang melalui barangan

Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Australia, Trevor Drew berkata,    kajian itu membabitkan ujian sampel virus ke atas bahan berbeza, menggunakan kaedah 'sensitif melampau'.

"Ini tidak bermakna bahawa jumlah virus itu mampu menjangkiti seseorang.

"Jika seseorang individu cuai apabila mengendalikan barangan berkenan, seperti memegangnya dan kemudian menjilat tangan atau menyentuh bahagian mata atau hidung, dia mungkin dijangkiti dalam tempoh dua minggu," katanya.

Menurut CSIRO lagi, virus itu juga banyak tersebar menerusi udara tetapi masih banyak kajian perlu dibuat mengenai penyebaran menerusi permukaan barangan.

Bagaimanapun, jangkitan antara manusia adalah kaedah penularan yang jauh lebih berisiko tinggi berbanding menerusi permukaan barangan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Odisi

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: