“Covid-19 Boleh Berjangkit Pada Haiwan Ke?” – Dr Veterinar Beri Penjelasan Tentang Isu Ini
Jangan pula tiba-tiba semua orang pergi buang kucing masing-masing sebab takut. Baca dulu dan paling penting, jangan sebarkan sesuatu yang tidak pasti.
Cover image via Twitter @DrAfiqSPada Ahad lalu, 5 April, seekor Harimau Malaya di sebuah Zoo di New York telah disahkan positif Covid-19 dipercayai berjangkit dari manusia
Nadia, 4 tahun, berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti Covid-19 ini daripada manusia iaitu berkemungkinan daripada penjaga zoo sendiri.
Baca laporan mengenai Nadia di sini.
Oleh disebabkan itu, nama 'Nadia' telah mulai disebut dan diperbincangkan di media sosial sehingga trending di Twitter semalam, 6 April 2020
Ramai juga yang masih belum jelas sama ada wabak virus Covid-19 ini boleh merebak kepada haiwan atau tidak. Ini kerana Nadia merupakan kes pertama yang melibatkan harimau.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh baca perkongsian seorang Doktor Veterinar iaitu @DrAfiqS mengenai penjelasan isu ini. Perkongsian tersebut telah dikongsi melalui rangkain tweets dan sehingga kini sudah berjaya meraih lebih 11.9 ribu retweets dan 11.3 ribu likes ketika artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:

