Cerita Disebalik Upacara “Cium Duit” Yang Didakwa Menjamin Kekayaan. Apa Tujuan Sebenar?

Kalau sebelum ini kecoh tentang video 'upline' MLM menjerit-jerit di tempat awam, kini timbul pula lagi satu kontroversi. Namun begitu, sejauh manakah kebenarannya?

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS.com
Logo

Sejak dua hari lalu, laman sosial negara digemparkan dengan penemuan beberapa keping gambar upacara "cium duit" dalam satu seminar yang didakwa boleh merubah hidup seseorang menjadi jutawan

Difahamkan, laman Facebook Friends of BN yang mula-mula sekali mencetuskan perbualan orang ramai apabila memuat naik 3 keping gambar "cium duit" tersebut. Mereka mendakwa, kesemuanya diambil dalam satu seminar MLM.

Semasa artikel ini ditulis, posting ini telah mengumpul sebanyak 16,124 *likes* dan 4,875 *shares* sejak dimuat naik pada 24 Mei lalu.

Jujurnya, kami agak terkejut pada mulanya dengan pembongkaran berkenaan. Beginilah reaksi kami ketika melihatnya buat kali pertama.

Image via

Seperti yang dijangka, perkara-perkara sebegini sememangnya akan menimbulkan kontroversi. Lambakan kutukan dan rasa tidak puas hati dilemparkan menerusi ruangan komen tanpa soal siasat.

Tetapi nanti dulu! Sebelum membuat terjahan lanjut, apa kata kita siasat dahulu perkara sebenar disebalik gambar-gambar yang telah tersebar luas itu. Apa sebenarnya yang berlaku?

Image via

Pertama sekali, adakah benar seminar tersebut dianjurkan oleh syarikat MLM dan perbuatan mencium duit itu menjanjikan kehidupan yang mewah seperti yang didakwa laman Friends of BN?

Menurut orang ramai, laman Friends of BN telah menabur satu fitnah yang besar. Ini kerana tujuan sebenar upacara itu dilakukan adalah untuk melatih minda merasakan "getaran, tenaga dan rasa syukur" apabila memiliki duit yang banyak.

Orang ramai turut memberi teguran kepada pemilik akaun Friends of BN agar tidak memutar-belitkan cerita yang sebenar dan tidak menyebarkan apa-apa berita tanpa melakukan kaji selidik terlebih dahulu

Sementara itu, hasil siasatan pihak SAYS menemui satu posting berkenaan seminar tersebut di sebuah laman Facebook yang lain. Ia diberi nama Seminar Aura Minda Power & Magnet dan bakal diadakan sekali lagi di Teluk Intan pada 8 Jun 2015 nanti.

Posting tersebut dimuat naik pada 13 Mei 2015, 11 hari sebelum ia menjadi viral.

Disertakan sekali bersama posting tersebut adalah beberapa keping gambar peserta dan juga gambar poster seminar

Tetapi, apa yang menghairankan kami ialah, laman Facebook tersebut hanya mengumpul sebanyak 74 likes sahaja walaupun setelah hampir setahun diwujudkan

Image via

Selain itu, hasil galian kami di Internet juga menemukan lokasi dan juga tarikh seminar Aura Minda ini diadakan

Image via

Image via

Persoalannya sekarang, adakah upacara "cium duit" ini dibenarkan dalam Islam?

Image via

Mufti Selangor dan Mufti Perak berpendapat bahawa amalan tersebut dianggap sebagai bida'ah dan khurafat yang melanggar hukum syarak

Image via mediaterjah.com

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid (kiri) dan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Image via SAYS.com

Dalam perkembangan terbaru, seorang penganjur seminar terbabit mempertahankan teknik mencium duit itu sambil menyifatkan ia tidak salah

Image via mediaterjah.com

Jadi, pihak penganjur, mufti, dan orang ramai telahpun memberikan respon terhadap isu ini. Anda berada di pihak yang mana?

Dalam berita lain, kami agak musykil kenapa status Bea Meow ini dikaitkan dengan Islam. Perlukah?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: