Ciri-Ciri Dan Petanda Anak “Late Talker” Serta 8 Cara Ibu Bapa Boleh Guna Untuk Atasinya
Ramai ibu bapa yang menghadapi masalah ini.
Cover image via SAYS via Sehat MagazineAdalah menjadi satu kebimbangan buat ibu bapa sekiranya ada anak-anak mereka yang menunjukkan tumbesaran yang agak perlahan
Seperti yang kita ketahui, proses tumbesaran setiap orang adalah berbeza dan tidak sama. Walau bagaimanapun, setiap ibu bapa pastinya mahu proses tumbesaran anak mereka berada dalam keadaan yang baik serta sempurna.
Dan di antara masalah yang sering membelenggu kaum ibu dan bapa ini adalah proses pertuturan anak-anak mereka.
Image via Twitter
Pada peringkat awal, adalah sukar untuk membezakan kanak-kanak yang lambat bercakap atau mengalami masalah bahasa dan pertuturan
Berikut adalah senarai risiko dan petanda kanak-kanak yang mungkin akan mempunyai kesukaran dalam perolehan bahasa untuk jangka masa panjang:
Dan berikut adalah panduan untuk mengenalpasti kosa kata yang sesuai untuk anak anda mengikut tahap umur:
Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers:
Namun, terdapat beberapa kaedah yang boleh ibu bapa praktiskan di rumah bagi menggalakkan perkembangan pertuturan anak-anak.
Antaranya:
**1. Bahasa isyarat**
Salah satu alternatif yang berkesan untuk menggalakkan perkembangan dan penguasaan bahasa serta pertuturan anak-anak ialah melalui bahasa isyarat. Ibu bapa boleh belajar menggunakan bahasa isyarat melalui buku dan juga DVD yang banyak terdapat di pasaran.
**2. Muzik**
Sesetengah daripada kita lebih cenderung untuk belajar menyanyi sebelum bercakap. Oleh itu, ibu bapa boleh cuba berinteraksi dengan anak-anak melalui ayat yang berirama untuk menarik minat mereka serta menggalakkan mereka untuk turut sama menyebut perkataan tersebut.
**3. Vitamin**
Berdasarkan satu kajian dan pemerhatian dari Australia terhadap 750 wanita hamil serta anak mereka selama 10 tahun, ibu yang mempunyai kekurangan Vitamin D semasa kehamilan akan 2 kali ganda lebih berpotensi untuk melahirkan anak dengan masalah bahasa. Untuk pengetahuan anda, Vitamin D adalah penting untuk perkembangan serta fungsi otak manusia.
**4. Ayat soal vs Ayat penyata**
Salah satu cara untuk berkomunikasi dengan anak-anak yang 'late talker' ini adalah dengan menggunakan ayat penyata atau penerangan tentang sesuatu. Sebagai contoh, "Oh, adik makan biskut coklat ya. Biskut coklat ini adalah kegemaran ibu."
Ayat penyata seperti ini tidak memerlukan respon tetapi secara tidak langsung akan membantu menjana idea baru kepada perbualan tersebut. Apabila tekanan untuk bercakap berkurang, maka perbualan akan menjadi lebih mudah dan santai.
Image via Boone Hospital
**5. Tiru atau Ikut**
Cara efektif untuk merangsang pertuturan dalam kalangan kanak-kanak adalah dengan meniru semula atau mengajuk setiap bunyi yang dibuat kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, sekiranya mereka menyebut 'baba', anda boleh mengajuk serta menggunakannya sebagai permulaan lagu 'Baa Baa Black Sheep..'
**6. Perlahan-lahan**
Sesetengah kanak-kanak mengalami kesukaran untuk memahami permulaan, pertengahan atau penghujung sesuatu ayat itu. Ibu bapa serta mereka yang lebih dewasa adalah amat digalakkan untuk memperlahankan pertuturan apabila bercakap dengan kanak-kanak ini supaya mereka mudah faham serta dapat respon dengan betul.
**7. Penggunaan Sensori**
Bagi kanak-kanak yang menghidapi *Childhood Apraxia of Speech*, mereka mempunyai proses sensori yang berbeza yang mana boleh membantu proses terapi pertuturan mereka. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis barang yang bertekstur seperti air, krim, pasir, kapas atau tanah liat untuk membuat mereka bercakap.
**8. Bermain**
Melalui aktiviti bermain, kita juga akan berkomunikasi secara tidak langsung. Ianya akan menjadi salah satu cara paling ideal untuk menggalakkan proses pertukaran idea dengan kanak-kanak. Ibu bapa boleh menukar situasi harian kepada *mood* bermain yang pastinya bakal mengaplikasikan segala jenis kebolehan komunikasi.


