Cikgu Lelaki Kena Tuduh Raba Wanita Semasa Bagi CPR Cuba Selamatkan Mangsa
Tuduhan itu telah menyebabkan guru terbabit hadapi tekanan perasaan yang teruk.
Cover image via WeiboFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang guru lelaki telah dituduh meraba seorang wanita ketika sedang menjalankan cardiopulmonary resuscitation (CPR) ke atas wanita itu
Menerusi laporan Jiupai News, insiden yang berlaku di kawasan yang sibuk di Hengyang, wilayah tengah Hunan, telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Seorang wanita telah rebah secara tiba-tiba, seorang doktor wanita dari hospital berdekatan telah memulakan prosedur tekanan pada dada, namun selepas keletihan, dia meminta bantuan orang ramai.
Seorang guru yang hanya dikenali dengan nama Pan tampil untuk meneruskan usaha menyelamatkan wanita tersebut.

Menjalankan CPR hampir 10 minit sebelum wanita itu kembali bernafas
Wanita berkenaan kemudiannya dikejarkan ke hospital sejurus ambulans tiba.
Malangnya, selepas rakaman video usaha menyelamat itu tular di media sosial, segelintir pengguna mendakwa bahawa posisi tangan Pan semasa melakukan CPR adalah tidak sesuai.
Tuduhan tersebut telah menjejaskan emosi guru berkenaan sehingga dia mengalami tekanan perasaan.

Pan luah rasa kecewa dan risau akan kecaman yang diterimanya
"Jika saya tahu bahawa saya akan dikecam, sudah tentu saya tidak akan mengambil inisiatif untuk membantu," katanya.
Dia menegaskan bahawa segala sentuhan yang berlaku adalah semata-mata bersifat perubatan dan bertujuan untuk menyelamatkan nyawa wanita tersebut.
Pan turut menekankan bahawa tiada petugas perubatan yang menegur teknik CPR yang dilakukannya, sekali gus mengesahkan bahawa tindakannya adalah tepat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



