[VIDEO] Petah Betul Cik Mek United Kingdom Ini Kecek Kelate
Molek sungguh!
Cover image via SAYSWalaupun dilahirkan di United Kingdom, gadis kecil yang berusia 3 tahun ini petah berbahasa Kelantan
Cik mek molek yang petah berbahasa Kelantan ini dikenali dengan nama **Fatimah Omar Mukhlis** dan masih lagi berusia 3 tahun. Fatimah kini telah menjadi perhatian selepas video 'kecek kelate' yang dikongsi oleh ibunya itu mula viral sejak bulan lalu.
Video ini telah dikongsi oleh ibunya di laman Facebook keluarga mereka dengan nama [TheFamily.UK](https://www.facebook.com/thefamilydotuk/?fref=nf). Video ini telah dikongsi sebanyak 954 kali dan ditonton sebanyak 160 ribu kali oleh pengguna Facebook.
Bukan saja fasih berbahasa Kelantan, malah Fatimah juga fasih berbahasa Thailand dan bahasa Inggeris
Image via Instagram @thefamily.uk
Image via Instagram @thefamily.uk
Baru-baru ini, Fatimah telah kembali dengan video terbarunya yang memaparkan "rancangan" memasaknya sendiri
Comel sungguh melihat gelagat Fatimah sibuk memasak di dapur, pandai sungguh beraksi! Menerusi video ini juga dapat dilihat bahawa ayahnya pandai saja melayan anak gadisnya ini. Menurut ibunya lagi, Fatimah memang gemar membantunya di dapur.
"Setiap kali melihat saya di dapur, pasti dia akan datang membantu saya. Sejak dari itu, kami mula mengambil klipnya ketika berada di dapur pula," kata ibunya.
Tak cukup dengan video ini, ikuti gelagat comel Fatimah dan adik-beradiknya di [Instagram](https://www.instagram.com/thefamily.uk/) dan juga di [Facebook](https://www.facebook.com/thefamilydotuk/) mereka!

