Choco Albab Mahu Bantu Lebih Ramai Usahawan ‘Open Bonet’, Lancar Minuman Belgian Mocha

Choco Albab turut menawarkan modal serendah RM150 sahaja bagi para usahawan yang ingin memulakan perniagaan.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Saudaagar Asia Sdn. Bhd. (Saudaagar Asia), pengeluar produk coklat terkenal jenama Choco Albab, optimis mengukuhkan kehadirannya dengan melancarkan keluaran produk baharunya, minuman Choco Albab Belgian Mocha iaitu satu minuman premium berasaskan koko Belgian yang dirumus khas untuk gaya hidup moden dan citarasa mewah

Menurut Pengasas dan Ketua Eksekutif Saudaagar Asia, Said Saiful Fazli Said Aluwi, berkata produk serbuk minuman Choco Albab Belgian Chocolate sebelum ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan penggemar coklat dan berjaya menembusi pasaran Asia.

"Kita mendapat banyak cadangan dari pengguna yang ingin minuman coklat dan kopi, jadi kali ini kita keluarkan pula dengan campuran kopi premium untuk belgian mocha.

"Ia mengandungi 33% koko Belgian premium, diformulasi tanpa gula putih dan menggunakan pemanis rendah kalori (sucralose), menariknya produk ini juga mesra vegan dan laktosa-intoleran" katanya.

SAYS.com

Pengasas dan Ketua Eksekutif Saudaagar Asia, Said Saiful Fazli Said Aluwi

Image via Choco Albab

Tambahnya lagi, selain komitmen jenama terhadap kualiti dan kesihatan pengguna, Choco Albab terus mempergiat usaha memperkasa komuniti usahawan kecil, para wanita dan belia melalui platform perniagaan yang inklusif.

"Kita lihat pada masa kini, ramai usahawan kecil yang terdiri dari kalangan para ejen jualan kami mengambil inisiatif sendiri berniaga air coklat Choco Albab terus dari bonet kereta atau gerai kecil, dan ini membuatkan kami di HQ begitu teruja membantu mereka dalam menambah baik usaha sedia ada.

"Saya ada juga menerima beberapa komen dari pengguna yang mengatakan rasa air coklat dari beberapa usahawan kurang sedap, ada peniaga jual sedap, ada peniaga lain pula jual kurang rasa.

"Jadi kami di HQ mengambil maklum dan menyelaraskan resepi bancuhan air coklat dengan mengadakan kursus bimbingan secara percuma kepada para usahawan,"
kongsinya kepada media selepas majlis anugerah Rising Star 2025 di Bangi Avanue Convention Centre baru-baru ini.

Choco Albab tawar modal serendah RM150 sahaja bagi para usahawan yang ingin memulakan perniagaan dengan pakej penyediaan produk minuman, cawan plastik, sticker, straw dan banner

"Niat kami untuk membantu terutama golongan B40, suri rumah, OKU atau golongan yang kehilangan pekerjaan untuk memulakan perniagaan kecil, Insya Allah dengan usaha ini dapatlah membantu menjana pendapatan tambahan.

"Rekod kami melalui uasahawan air bonet ini menunjukkan mampu menjual lebih kurang 150 sehingga 200 cawan sebulan dan meraih pendapatan sehingga RM2,000 bersih," ujarnya lagi.

Sementara itu, usahawan kecil Nur Sabiha Mohd Zailan, 25, memulakan perniagaan Choco Albab pada tahun 2023 sebagai 'dropship' selama setahun. Kemudian memulakan inisiatif menjual air coklat dari bonet kereta pada tahun berikutnya.

SAYS.com

Nur Sabiha Mohd Zailan

Image via Choco Albab

"Saya memulakan perniagaan dari bonet kereta dan membuat hantaran video ke platform TikTok dan Instagram, Alhamdulillah tak sangka ianya tular dan membantu meningkatkan perniagaan saya.

"Bermula dari 2 gelas sehari dan kini saya mampu menjual sehingga 30 gelas dengan membuka tempahan dan dihantar ke pejabat-pejabat, kawasan pembinaan dan rumah-rumah. Saya bersyukur dengan pendapatan ini juga dapat membantu ibu saya dan mengupah pembantu bagi menjaga anak-anak ketika keluar berniaga," katanya.

Sebagai rekod, Choco Albab kini memiliki lebih 95,000 usahawan dibawahnya di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: