China Bakal Haramkan Pemegang Pintu Kereta Tersembunyi Susulan Berlakunya Insiden Maut

Memang bahaya kalau jadi macam ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via 2GB & Stuff
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

China bakal mengharamkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 1 Januari 2027 susulan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat

Menerusi laporan Sixth Tone, reka bentuk pemegang pintu berkuasa elektrik ini dilihat boleh menghalang penumpang daripada melarikan diri atau diselamatkan selepas kemalangan.

Larangan itu muncul di dalam draf Keperluan Keselamatan Pemegang Pintu Automotif baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China pada 16 Disember.

Di bawah peraturan yang dicadangkan, kenderaan dengan berat kurang daripada 3.5 tan mesti dilengkapi dengan pemegang pintu kereta dalaman dan luaran yang merangkumi fungsi pembukaan kecemasan mekanikal. Keperluan ini bertujuan untuk memastikan pintu boleh dibuka semasa gangguan bekalan elektrik atau selepas perlanggaran.

Draf tersebut juga menetapkan piawaian untuk mekanisme pelepasan dan pemadaman kuasa untuk pemegang pintu, serta penempatan pemegang dan tanda keselamatan.

Peraturan ini adalah sebahagian daripada pakej yang lebih luas daripada tujuh peraturan keselamatan automotif yang dicadangkan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Arena EV

Keputusan larangan berpunca daripada siri laporan kemalangan melibatkan teknologi terbabit

Pada awalnya dipromosikan untuk mengurangkan rintangan dan meningkatkan nilai kosmetik pada kenderaan EV, pemegang tersembunyi ini semakin mendapat kritikan atas risiko keselamatannya.

Aduan melonjak pada tahun 2024, termasuk laporan jari kanak-kanak tersepit dan pintu gagal dibuka dalam cuaca sejuk atau selepas kemalangan, menurut Persatuan Pengguna China.

Kebimbangan orang ramai semakin meningkat selepas kemalangan kereta maut pada 13 Oktober di Chengdu, ibu kota wilayah barat daya Sichuan, di mana pintu kenderaan dilaporkan tidak dapat dibuka untuk membolehkan akses kepada mangsa. Kemalangan serupa di bandar timur Tongling juga mengakibatkan tiga kematian.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Arena EV

Kemalangan berpunca daripada kekurangan aspek mekanikal pada bahagian luaran pemegang

Dilaporkan bahawa model kereta Xiaomi SU7 Ultra yang terlibat dalam kedua-dua kemalangan itu didapati tidak mempunyai pemegang pintu luaran yang memiliki aspek mekanikal.

"Bahagian dalam (pintu) menggunakan butang, yang tidak boleh dibuka kuncinya secara elektrik selepas bekalan elektrik diputuskan. Pemegang pintu mekanikal dalaman kenderaan itu tidak boleh diakses kepada mangsa di dalam kereta. Walaupun penyelamat memecahkan cermin tingkap, mereka masih tidak dapat mengaksesnya," menurut laporan itu.

Pada September, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) melancarkan siasatan ke atas Tesla Model Y selepas terdapat laporan bahawa kegagalan pemegang pintu mungkin melambatkan penyelamatan dalam kemalangan maut.

Wei Jianjun, pengerusi Great Wall Motors, dalam satu temu bual menyifatkan pemegang pintu tersembunyi itu terpisah daripada keperluan pengguna dengan mengatakan bahawa ia tidak mengurangkan penggunaan kuasa mahupun meningkatkan keselamatan penumpang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: