Chery Malaysia Beri Kenderaan Sementara Buat 25 Mangsa Letupan Di Putra Heights Hari Ini

Kesemua kenderaan adalah sumbangan daripada Chery Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ekoran insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, seramai 25 mangsa menerima kereta sementara daripada Chery Malaysia untuk kegunaan selama sebulan bermula hari ini

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keseluruhan 50 kenderaan yang dipersetujui oleh syarikat itu kan diserahkan selewat-lewatnya pada Isnin, 7 April.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Chery kerana menunaikan janji mereka. Bukan itu sahaja, mereka turut memberikan wang petrol sebanyak RM100 kepada setiap peminjam kenderaan ini.

"Selain itu, Chery Malaysia juga telah menyumbang sebanyak RM50,000 kepada pengurusan Masjid Putra Heights, yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bagi membantu menampung kos utiliti sepanjang tempoh PPS beroperasi," katanya.

Image via Harian Metro

Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Leo Chen menyerahkan 25 kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) kepada mangsa yang memohon untuk menggunakan kenderaan sementara itu hari ini, 4 April

Menurut Datuk Seri Amirudin lagi, pihaknya menerima 112 permohonan pinjaman kenderaan daripada mangsa. Manakala, lebih 200 tawaran pinjaman diterima daripada syarikat korporat lain.

"Kita menerima komitmen ini daripada Carsome sebanyak 50 kereta, Carro (30), GoCar (20) dan DRB-Hicom sebanyak 62 kenderaan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: