7 ‘Checklist’ Yang Kena Ada Setiap Kali Hari Raya. Barulah Lengkap!

Raya datang lagi! Persiapan raya pun kenalah rapi. Dah sedia ke semua?

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

***Artikel ini telah ditulis oleh Suraya Zainuddin melalui laman web [ringgitohringgit.com](http://ringgitohringgit.com/2016/06/08/raya-2016-budget-checklist/) dan diolah semula oleh SAYS atas keizinan.***

1. Baju Raya

Disunnahkan kaum Muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada Hari Raya. Imam Syafi'i berkata:

*"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian."* – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi'i, jil. 1, ms. 327.

Walaubagaimanapun, zaman sekarang ini ramai yang salah faham. Tak semestinya kena beli baju baru bila Hari Raya tiba. Cukup sekadar memakai pakaian terbaik yang kita ada. Itu sudah memadai sebenarnya.

Namun, beli belah sebelum Hari Raya sudah menjadi satu budaya dikalangan orang Malaysia. Tak salah kalau nak *shopping* asalkan tidak membazir. Sama ada nak beli baju raya atau tidak, itu terpulang.

**Kos Baju Raya:** RM300 (mungkin kurang mungkin lebih)

Image via SAYS

2. Kuih Raya

Selalunya, bila balik kampung mesti kena bawa sedikit buah tangan, dan yang paling sesuai tentunya kuih raya. Rasa macam tak kena pula kalau balik kampung dengan tangan kosong, kan?

Ada macam-macam kuih raya yang kita boleh beli seperti cookies, tart nenas, samperit, dan banyak lagi. Kalau ikutkan harga sekarang, satu balang kecil ada lah dalam RM25. itu memang harga *standard*. Alang-alang dah balik kampung nak bagi orang makan, beli 4 balang terus.

**Kos Kuih Raya:** RM100

3. Duit Raya

Yang ini *depends* pada kemampuan masing-masing. Bagi yang bekerja dan bergaji besar, mungkin bajet untuk duit raya lebih sikit.

Sebelum raya, kena *list down* semua saudara mara yang layak untuk menerima duit raya, terutamanya sepupu-sepupu yang masih kecil atau yang masih belajar. Kalau ada 20 sepupu yang layak, maksudnya kat 20 orang tu lah kita kena bagi duit raya.

Jangan lupa juga atok, nenek, mak, ayah, dan anak-anak buah sekali ya. Dan musim hari raya ni mestilah akan ada budak-budak *random* datang beraya ke rumah nanti. Yang ni pun kena bagi juga (kalau ada bajet).

**Kos Duit Raya:** RM500

Image via SAYS

4. Zakat Fitrah

Wajib bayar zakat fitrah ya semua. Tak mahal, hanya RM7 setahun untuk seorang bagi kebanyakan negeri di Malaysia.

**Kos Zakat Fitrah:** RM7

#donezakat

Image via SAYS

5. Balik Kampung

*Travel* balik raya dah tak murah dah sekarang. Dengan kos kenaikan tambang bas dan tambang keretapi, dan juga tol, bajet untuk balik kampung pun kena naikkan sikit berbanding dulu. Kalau naik kereta, dinasihatkan untuk tak *travel* sorang-sorang sebab mahal. Lebih baik *carpool* dengan ahli keluarga atau rakan yang lain. Sekurang-kurangnya tak lah terbeban sangat.

**Kos Balik Kampung:** RM100

Image via SAYS

6. Makan minum dalam perjalanan

Bila dah buat *roadtrip*, mustahil lah tak beli air dengan gula-gula atau jajan (kecuali bulan puasa). Dalam perjalanan balik tu jugak, nampak pula orang bakar lemang. Tak kan nak tengok saja betul tak? Kenalah beli sebatang dua.

**Kos Makan Minum:** RM50

7. Lain-lain atau miscellaneous

Selalunya, inilah kos yang kita macam tak perasan. Dan bila tak perasan, maka lupa jugalah nak adakan sedikit 'duit tepi'. Kena jugak ambil kira kos beli juadah kat bazar Ramadan, duit sedekah, kos belanja *breakfast* atau *lunch*, duit untuk *last minute shopping*, duit nak beli songkok atau butang (kalau tertinggal kat rumah), duit tukar tayar pancit, dan macam-macam lagi.

Mana tahu tiba-tiba teringan nak makan Briyani Gam pulak raya ni, atau tiba-tiba anak-anak buah mintak belikan mainan, ini semua dikira sebagai kos dan tak boleh diambil mudah. *Take note okay*.

**Kos Lain-Lain:** RM150 maksimum

Image via SAYS

KOS KESELURUHAN

Bila ditambah semua kos yang ada dalam senarai ni, jumlah keseluruhan bajet untuk raya adalah **RM1,207**. Pastinya kos ini hanyalah satu panduan atau contoh. Kos yang sebenarnya mesti berbeza bagi kebanyakan orang.

Ingat, Hari Raya ni memang banyak pakai duit. Jadi kalau kali ni anda tak sempat nak menabung, senarai ini boleh anda jadikan panduan untuk anda menabung lebih awal supaya lebih bersedia menghadapi Hari Raya pada masa akan datang tanpa poket bocor. Ada banyak cara yang kita boleh pakai sebenarnya untuk lebih berjimat-cermat.

Image via

Ada lagi bajet yang kami terlepas atau tak senaraikan? Kongsikan di ruangan komen di bawah ya. 🙂

Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. 🙂

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Bila dah pergi beraya kat rumah orang tu, kenalah jaga adab dan tatasusila ya:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: