Cetak Rompak Pasar Malam Masih Wujud, Sekarang Jual Movie Dalam Pendrive

Biar mati anak, jangan mati adat?

Enlarge text
Cover ImageCover image via @kvelmuruga (Threads) & Wiser
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, penjualan filem cetak rompak fizikal yang dilihat telah pupus dapat lagi ditemui pada tahun 2025

Kegiatan yang disangka telah pupus sejak 10 tahun lalu rupa-rupanya masih lagi wujud tetapi sudah berevolusi dengan platfrom yang lain.

Menerusi perkongsian @kvelmuruga di Threads, lelaki itu berkongsi menemui sebuah gerai menjual filem cetak rompak dengan menggunakan pendrive.

"30 tahun lepas mereka jual guna pita VHS, 20 tahun lepas mereka jual guna VCD, 10 tahun lepas cetak rompak DVD pula, sekaranng mereka jual guna pendrive yang dah ada 'isi'.

"Penjual pasar malam berevolusi mengikut zaman dan permintaan, sesuatu yang Motorola dan Nokia gagal lakukan," tulisnya.

SAYS.com
Image via @kvelmuruga (Threads)

Difahamkan, lokasi penjualan cetak rompak itu ditemui di Jelutong, Pulau Pinang

Menerusi tinjauan di bahagian komen, lelaki itu memaklumkan kegiatan penjualan cetak rompak itu ditemuinya di Jelutong, Pulau Pinang.

Beberapa pengguna Threads turut mempersoalkan pelanggan yang sanggup membeli kerana benda yang sama mereka boleh peroleh secara percuma di Internet.

Lihat antara komen-komen di bawah:

SAYS.com
Image via @kvelmuruga (Threads)
SAYS.com
Image via @kvelmuruga (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: