Apa Jawapan PDRM Tentang Isu Saman Tampal ‘Sticker’ Pada Cermin Kereta?
'Tak tahu cerita sebenar, tapi viralkan… '
Cover image via SAYSViral baru-baru ini di media sosial apabila gambar surat saman seorang pemilik kereta yang didakwa telah melakukan kesalahan menampal sticker pada cermin kenderaannya tersebar
Surat saman yang dikeluarkan pada 17 Julai 2016 di Jasin, Melaka itu menyatakan bahawa pemilik kereta berkenaan telah melakukan kesalahan menampal sesuatu di cermin keretanya.
Berdasarkan gambar, *sticker* yang dimaksudkan itu adalah *sticker* larangan merokok, makan dan sebagainya yang menjadi trend pemilik kereta masa kini.
Hal ini telah mengakibatkan orang ramai menjadi marah dan mempersoalkan di bawah akta dan seksyen mana yang menyebabkan pemilik kenderaan tersebut perlu disaman.
Image via Info Roadblock Jpj/polis/Facebook
Image via Info Roadblock Jpj/polis/Facebook
Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, saman itu dikeluarkan bukanlah disebabkan sticker seperti yang diperkatakan tetapi disebabkan oleh plastik warna hitam yang ditampal pada cermin kereta yang menjadikan cermin tersebut gelap
Tambahnya lagi, pemilik kenderaan tersebut juga jelas dengan surat saman tersebut tetapi perkara tersebut telah diviralkan oleh rakannya yang tidak tahu cerita sebenar.
Image via Friends of PDRM/Facebook


