“Cerita Gelandangan Ke Jejak Kasih” – Hikmah PKP, Dua Beradik Bertemu Semula Sejak 1996
Aturan Allah memang yang terbaik.
Cover image via Twitter @f4izalhassanPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan sejak daripada 18 Mac lalu sebagai usaha untuk menangani wabak Koronavirus Covid-19 di negara ini
Image via Malay Mail
Sepanjang tempoh itu, rakyat di seluruh negara tidak dibenarkan berada di luar rumah tanpa alasan yang kukuh selain keperluan untuk ke pejabat, membeli barangan dapur dan sebagainya.
Antara usaha lain yang dilakukan kerajaan bagi membantu menjayakan PKP ketika ini adalah dengan menyediakan penempatan khas buat gelandangan di beberapa buah pusat komuniti agar bantuan kepada mereka lebih mudah untuk disalurkan selain keselamatan yang lebih terjamin.
Kisah berkaitan gelandangan ini telah mendapat liputan yang meluas daripada pengamal media agar nasib golongan ini terus terbela.
Bahkan beberapa hari lalu, sebuah laporan khas turut dibuat oleh Buletin TV3 berkaitan nasib gelandangan selepas ini sehingga tular di media sosial
Laporan khas yang dibuat oleh wartawan TV3, Juliana Sharin dan disiarkan dalam Buletin TV3 pada 11 April itu telah mendapat reaksi yang positif dalam kalangan penonton.
Namun siapa sangka, laporan itu pada akhirnya telah menemukan semula dua beradik yang terpisah sejak sekian lama
Image via Twitter @f4izalhassan
Perkara itu telah dikongsikan sendiri seorang pengguna Twitter bernama Faizal Hassan baru-baru ini.
Image via Twitter @f4izalhassan
Image via Twitter @f4izalhassan
Image via Twitter @f4izalhassan
Menurut Faizal, kisah ataupun laporan berkaitan gelandangan itu telah berjaya menemukan dua beradik yang telah terpisah sejak dari tahun 1996 lagi.
Di dalam tweet tersebut, turut disertakan perbualan di antara individu iaitu adik kepada gelandangan tersebut dengan seorang wartawan.
Menurut individu itu, dia telah terpisah lebih 20 tahun lalu dengan abangnya selepas abangnya berhasrat untuk merantau dan mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.
Bahkan menerusi perbualan itu, abangnya dikatakan akan pulang semula ke kampung di Johor selepas tamat tempoh PKP ini nanti.
Image via Twitter @f4izalhassan

