8 Gerai Rojak Cendol Tepi Jalan Paling Popular Untuk Jadi Port Baru Anda ‘Sejukkan Badan’
Kalau dapat makan waktu cuaca panas memang sedaplah!
Cover image via Harman Shah/Facebook1. Cendol Din, Shah Alam
**Cendol Din** merupakan salah satu gerai cendol yang paling popular di Shah Alam. Boleh dikatakan hari-hari gerai ini memang penuh dengan orang ramai dan sering menjadi *port* lepak buat kebanyakan pelajar UiTM dan Unisel. Jangan hairan sekiranya anda perlu beratur panjang setiap kali ke sini kerana ia merupakan perkara normal yang berlaku setiap hari. Cendol di sini kelihatan sangat menarik dan pastinya membangkitkan selera sesiapa sahaja mencubanya. Nak dapatkan kenikmatan makan di sini adalah dengan cara makan beramai-ramai dengan rakan-rakan dan duduk di atas kerusi yang disediakan di bawah pokok. Dapat pula angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ketika makan. Ohhh indahnyyaaa~
**Lokasi:** 7, Lorong Keluli 1B, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40800, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
**Waktu operasi:** Setiap hari / 10 pagi – 7 petang.
**Menu:** Cendol biasa, cendol pulut, cendol tapai, cendol durian, cendol jagung, laksa utara dan mee kari.
**Harga jualan:** RM2 – RM4.
Image via Harman Shah/Facebook
Image via Harman Shah/Facebook
Image via Instagram @aditihani
Image via Instagram @azuanizulkapli
2. Rojak Cendol Mamak, Bandar Baru Ampang
Buat mereka yang menggemari masakan mamak, anda boleh mencuba **Rojak Cendol Mamak** yang terletak di Bandar Baru Ampang ini. Rasa cendol di sini memang lain daripada yang lain. Bukan setakat cendolnya yang sedap, malah rojak yang dijual di sini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Rasanya sedikit pedas dan unik. Selain itu, anda juga boleh mencuba mee kari dan mee goreng yang turut menjadi kegemaran ramai di sini.
**Lokasi:** Jalan Ampang, Selangor, Malaysia.
**Waktu operasi:** Selasa – Ahad / 11.30 pagi – 7 petang
**Menu:** Cendol *special*, rojak *special*, mee kari, mee goreng dan ABC.
**Harga jualan:** RM3 – RM4.
Image via Rojak cendol bandar baru ampang/Facebook
Image via zuldean08.blogspot.my
3. Cendol Sulaiman, Jalan Pudu
Apa yang menarik berkenaan **Cendol Sulaiman** ini adalah rasanya yang *just perfect*, tidak terlalu manis dan tidak kedekut bahan. Santannya pekat molek dan cendolnya pun banyak. Bukan itu sahaja, harganya yang murah juga pasti membuatkan anda menjamunya lebih dari satu. Selain itu, pemilik gerai ini juga fasih berbahasa Kantonis dan ini antara keunikan yang menjadi daya penarik gerai tersebut.
**Lokasi:** Sebelah M.S.S Maju Restaurant (belakang Market Hall) off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.
**Waktu operasi:** Setiap hari / 8.30 pagi – 5 petang.
**Menu:** Cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung, cendol *special*, ABC, rojak, rojak sotong dan mee rojak.
**Harga jualan:** RM1.40 – RM5.
Image via budakletrik.blogspot.my
Image via budakletrik.blogspot.my
Image via budakletrik.blogspot.my
Image via budakletrik.blogspot.my
4. Cendol BMI, Nilai
**Cendol BMI** merupakan cendol paling terkenal di Nilai. Gerai ini memulakan perniagaan agak sudah lama iaitu sejak tahun 1985. Asal usul nama BMI ini ialah singkatan nama bapa kepada pemilik gerai ini iaitu Bashah Mohd Ismail. Selain itu, tempahan juga dibuka kepada sesiapa yang mahukan khidmat mereka dalam sebarang majlis. Rasa asli dan lemak cendol di sini memang terbaik!
**Lokasi:** Stesen Bas Nilai, 71800 Nilai, N.Sembilan.
**Waktu operasi:** Isnin – Ahad (cuti pada Rabu) / 8.30 pagi – 5 petang.
**Menu:** Cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung, cendol *special*, rojak dan ABC.
**Harga jualan:** RM2 – RM4.
Image via www.foodspotting.com
Image via Cendol BMI NILAI/Facebook
Image via Instagram @artzsyahrul
Image via Instagram @shamsulbahrijumali
5. Cendol Retro Paroi, Seremban
**Cendol Retro** mempunyai dua cawangan iaitu di Seremban dan Kuala Pilah. Sudah ramai memperakui keenakkan cendol yang dihidangkan di sini. Antara cendol kegemaran pelanggan di sini ialah cendol durian yang dikatakan sangat berlemak dan enak. Bukan setakat cendol durian, manisan seperti pulut durian dan pulut mangga juga dijual di sini. Buat mereka yang ingin mencari kelainan, anda boleh cuba *lamb chop* yang merupakan satu-satunya makan *western* yang ada. Serius sedap!
**Lokasi:** Kampung Paroi, 70400 Paroi, Seremban, N.Sembilan.
**Waktu operasi:** Isnin – Sabtu / 10.30 pagi – 6.30 petang.
**Menu:** Cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung, cendol *special*, cendol durian, pulut mangga, pulut durian, ABC, laichi kang, jus mangga, cucur udang, keropok losong dan *lamb chop*.
**Harga jualan:** RM1 – RM16.
Image via www.sayidahnapisah.com
Image via www.sayidahnapisah.com
Image via www.sayidahnapisah.com
Image via Cendol retro/Facebook
6. Rojak Cendol Jalan Kuching
Image via Zul Busta/Facebook
Image via Rosdi Sari/Facebook
Image via Noraishah Mohd Nor/Facebook
Image via Kamey Abidjan/Facebook
**Rojak Cendol Jalan Kuching** memang sudah dikenali sejak dulu lagi. Rasa cendolnya yang segar, pekat dan manis ditambah pula menjamunya sewaktu cuaca panas pastinya memberikan kepuasan yang tidak terhingga. Seperti gerai lain gerai ini menggunakan lori kecil sebagai *stall* untuk berniaga. Dan yang hebatnya mengenai gerai ini adalah pelanggan yang tak putus-putus datang sehingga terpaksa beratur untuk mendapatkan rojak dan cendol.
**Lokasi:** 51200, Jalan Kuching arah Selayang, Kuala Lumpur.
**Waktu operasi:** Setiap hari / 11.00 pagi – 6.00 petang.
**Menu:** Cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung, rojak biasa dan rojak mee.
**Harga jualan:** RM3.50 – RM5.50.
7. Cendol Padang Kilat, Ipoh
**Cendol Padang Kilat, Cendol 1 Malaysia,** dan **Cendol Pasir Pinji**, itu adalah mungkin gelaran yang diberikan kepada gerai ini. Gerai ini mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana masih menggunakan peralatan lama sebagai mesin membuat cendol. Anda juga boleh meminta pulut tambah sekiranya anda mahu. Rasa cendol di sini manis, berlemak dan sememangnya diakui keenakannya oleh masyarakat setempat.
**Lokasi:** Jalan Bunga Raya, Pasir Pinji, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia.
**Waktu operasi:** Setiap hari / 12pm – 6 petang.
**Menu:** Cendol biasa, dan cendol pulut.
**Harga jualan:** RM1.50 – RM2.50.
Image via www.jk2fm.com.my
Image via www.jk2fm.com.my
Image via www.jk2fm.com.my
Image via www.jk2fm.com.my
8. Cendol Segar Amat, Segamat
Image via Cendol Segar Amat/Facebook
Image via Cendol Segar Amat/Facebook
Image via Cendol Segar Amat/Facebook
Image via Cendol Segar Amat/Facebook
Nama gerai cendol ini pun sudah menceritakan segalanya. **Cendol Segar Amat** benar-benar memberi kesegaran buat semua pelanggan yang menjamunya. Terdapat banyak pilihan cendol yang ada di sini yang boleh anda cuba. Selain terkenal dengan cendol, gerai ini juga sangat terkenal dengan rasa rojaknya yang sedap. Rojak Mee adalah menu yang perlu anda cuba ketika berkunjung di sini.
**Lokasi:** Tmn Yayasan Nirwana Mawar, Masjid India, 85000 Segamat, Johor Bahru.
**Waktu operasi:** Setiap hari / 10 pagi – 6 petang.
**Menu:** Beraneka jenis cendol dan rojak.
**Harga jualan:** RM3 – RM5.


