Susah Cari Restoran Halal? Aplikasi ‘MakanJom’ Boleh Selesaikan Untuk Anda!

Akhirnya, aplikasi yang ditunggu-tunggu telah tiba!

Enlarge text
Cover ImageCover image via MakanJom
Logo

Dilema sebagai umat Islam, apabila berjalan atau pergi ke tempat baru, perkara paling utama yang perlu diambil berat semestinya lokasi restoran dengan makanan Halal dan lazat

Seperti sedia maklum, **tidak semua restoran menyediakan makanan Halal**, walaupun di dalam Malaysia sendiri. Jadi, adalah amat penting bagi umat Islam untuk mengenal pasti di mana mereka boleh mendapatkan makanan **[Halal](http://says.com/my/stories/tagged/halal)** untuk diisi ke dalam perut.

Image via

Sebelum ini, agak sukar bagi umat Islam untuk mencari sumber relevan bagi makanan Halal di Internet. Tetapi masalah itu kini dapat diselesaikan.

Perkenalkan aplikasi 'MakanJom'!

**[MakanJom](http://makanjom.com/)** menyediakan jalan mudah untuk anda **mencari dan menemui restoran yang disesuaikan khas untuk Muslim di Malaysia**. Aplikasi ini membolehkan anda mencari restoran dengan **makanan lazat dan Halal** berdekatan anda.

Dengan aplikasi mudah alih ini, kepayahan membuat keputusan di mana untuk makan setiap hari telah diselesaikan. Jangan terkejut sekiranya kebanyakan restoran yang disyorkan oleh MakanJom adalah **restoran yang anda tidak pernah dengar pun sebelum ini**, walaupun ia berada sangat dekat dengan anda.

Jadi bolehlah anda mencuba menu baru setiap hari!

Image via MakanJom

Menyedari dilema ini dilalui oleh setiap umat Islam, CEO MakanJom Sdn Bhd Afirul Afif memutuskan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dengan menubuhkan satu aplikasi makanan Halal mesra pengguna

CEO MakanJom Sdn Bhd, Afirul Afif.

Image via MakanJom

"Kebanyakan daripada tempat makan yang biasanya restoran mewah atau francais terkenal memang banyak melakukan promosi. Walau bagaimanapun, **terdapat banyak kedai makan yang tidak begitu terkenal, tetapi sebenarnya menghidangkan makanan Halal enak yang biasanya hanya diketahui oleh penduduk sekitar kawasan itu**.

"**Saya melihat keperluan untuk berkongsi mengenai perkara ini dengan orang lain**, jadi saya memutuskan untuk menjadi orang yang memulakannya. Oleh itu, MakanJom membawa anda hidangan makanan ini di mana saja anda berada," kata Afirul Afif.

Setelah kami gunakan aplikasi ini selama 30 minit, kami yakin inilah satu-satunya aplikasi makanan Halal yang anda WAJIB download. Di sini kami senaraikan 5 sebab utama:

1. Sangat mudah dan ringkas digunakan tanpa perlu tutorial mahupun pendaftaran. Ianya percuma!

Setelah jumpa restoran yang ingin dilawati, hanya tekan 'Bookmark Kedai Ini' (kiri) dan ia akan terus tersenarai dalam 'Bookmark List' anda (kanan).

Image via SAYS

2. Begitu senang mencari tempat makan sedap berdekatan dan ia merangkumi kesemua 14 negeri di Malaysia

Pilih negeri (kiri) dan senarai kawasan dalam negeri pilihan anda akan keluar (kanan).

Image via SAYS

3. Tunjuk jalan menggunakan sistem navigasi Google Maps dan Waze

Tekan saja pada 'Lokasi Kedai' (kiri), kemudian anda boleh pilih sama ada menggunakan Google Maps atau Waze ke lokasi restoran tersebut (kanan).

Image via SAYS

4. Boleh baca review dari bloggers sebelum pilih tempat makan

Bahagian 'Review Blogger' (kiri) akan bawa anda terus ke blog yang tercatat (kanan).

Image via SAYS

5. Data tempat makan yang lengkap dan tersusun rapi

Image via MakanJom

Terbaik bukan?

Ini baru di Malaysia. MakanJom mempunyai visi untuk mencapai kesemua 2 bilion umat Islam di seluruh dunia melalui aplikasi ini.

Image via MakanJom

Sekarang, cuba bayangkan kesemua restoran dengan makanan Halal di seluruh dunia boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi ini. Memang mindblowing!

Image via

Setakat ini, MakanJom mempunyai senarai lebih daripada **22,000 restoran**. Sejak dilancarkan pada September 2015, MakanJom telah mencapai lebih daripada **15,000 muat turun** dalam masa 3 bulan sahaja. Ramai pengguna telah mendapat manfaat daripada aplikasi ini.

**Muat turun percuma aplikasi MakanJom di:**
**[Google Play Store](https://play.google.com/store/apps/details?id=com.makanjom)**
**[App Store](https://itunes.apple.com/us/app/makanjom/id1050915792?mt=8)**

**Maklumat lanjut sila layari laman web [www.makanjom.com](http://makanjom.com/), [Instagram](https://www.instagram.com/makanjom_my/)** dan **[Facebook](https://www.facebook.com/makanjom/)** MakanJom!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kat mana nak cari Dim Sum yang Halal? Lihat senarai 16 restoran DI SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: