Carabat AI Lancar ‘First Experience Outlet’ Di Wangsa Maju, Aplikasi Astana Kini Boleh Dimuat Turun

Pengunjung kini boleh merasai potensi sebenar gaya hidup pintar melalui teknologi rumah dan gaya hidup berasaskan AI.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Carabat AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Carabat AI, sebuah syarikat teknologi tempatan yang memberi fokus pada penyelesaian gaya hidup pintar secara rasmi membuka outlet pengalaman pelanggan pertamanya di Sunway Avila Avenue, Wangsa Maju baru-baru ini

Majlis pembukaan rasmi ini disempurnakan oleh Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Muhammed Abdullah selaku tetamu kehormat.

Majlis ini menandakan satu pencapaian penting bagi jenama tersebut, dengan menyediakan ruang bagi pengunjung merasai potensi sebenar gaya hidup pintar melalui teknologi rumah dan gaya hidup berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Semasa majlis pelancaran, Carabat AI memperkenalkan produk utamanya iaitu rangkaian baharu peralatan rumah dan dapur pintar yang direka untuk berintegrasi secara lancar dengan aplikasi proprietari syarikat, Astana App.

SAYS.com

Dari kiri; Sharnaaz Ahmad, Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato' Muhammed Hj. Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Carabat AI, Shafiq Jailani.

Image via Carabat AI

Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan pengurusan pelbagai peranti pintar, sekali gus mengatasi masalah yang biasa dialami di mana peranti sering tidak serasi atau memerlukan aplikasi berasingan.

Sebagai platform utama dalam ekosistem Carabat AI, Astana App membolehkan pengguna mengautomasikan, memantau, dan memperibadikan peranti seperti solusi udara, suis pintar, peralatan rumah dan dapur, serta sistem keselamatan dan CCTV, semuanya melalui antara muka yang ringkas dan mudah digunakan.

Para pengunjung berpeluang menerokai pelbagai produk Carabat AI dan zon interaktif di outlet ini

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Carabat AI, Shafiq Jailani, Carabat AI dibangunkan dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia, dengan rekaan mengikut piawaian antarabangsa.

"Astana App dan peralatan pintar kami bukan sekadar produk. Ia membentuk satu ekosistem lengkap yang merealisasikan gaya hidup pintar di kediaman rakyat Malaysia.

"Pelancaran hari ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat bagaimana teknologi dapat meningkatkan keselesaan, kemudahan dan gaya hidup seharian secara menyeluruh,"
katanya.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif Carabat AI, Shafiq Jailani

Image via Carabat AI

Outlet ini turut menampilkan zon interaktif di mana para pengunjung dapat menerokai pelbagai produk Carabat AI.

Peranti AI dan aksesori pintar seperti cermin mata, cincin dan peranti pemantauan kesihatan turut dipamerkan bersama ekosistem rumah pintar yang saling berhubung, membolehkan pengunjung mencuba sendiri teknologi ini dan merasai manfaat praktikalnya.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Carabat AI, Perakash Nair berkata, jenama tersebut berhasrat mengukuhkan kehadirannya di pasaran dengan membuka 15 outlet pengalaman pelanggan di bandar-bandar utama Malaysia dalam tempoh setahun akan datang.

Beliau berkata, pengalaman pelanggan ini merupakan langkah pertama dalam strategi pengembangan mereka di seluruh negara.

"Kami menjangkakan pertumbuhan tahunan sebanyak 30 peratus sejajar dengan peningkatan penggunaan teknologi rumah pintar oleh pengguna.

"Dengan menawarkan inovasi gaya hidup pintar yang mudah diakses dan praktikal, kami percaya Carabat AI mampu memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan gaya hidup pintar di Malaysia,"
ujarnya.

SAYS.com
Image via Carabat AI

Selain outlet di Wangsa Maju, Carabat AI turut membuka tiga lagi outlet pengalaman pengalaman pelanggan di Sri Hartamas, Pulau Pinang dan Kota Bharu pada hari yang sama.

"Syarikat juga merancang untuk membuka outlet tambahan di Wisma Sabah, Seremban 2 dan Subang menjelang November,"
kata Perakash.

Lokasi baharu ini akan meneruskan misi syarikat untuk menyediakan rakyat Malaysia akses langsung kepada penyelesaian gaya hidup pintar yang inovatif.

Ditubuhkan dengan visi untuk menjadikan gaya hidup pintar lebih mudah diakses, praktikal dan mesra pengguna, Carabat AI menggabungkan reka bentuk yang diterajui oleh pasukan tempatan dengan piawaian pembuatan global.

SAYS.com
Image via Carabat AI

Untuk rekod, Carabat AI mendefinisikan dirinya sebagai pakar gaya hidup pintar dengan mencipta teknologi yang meningkatkan keselesaan, keterhubungan dan kemudahan harian.

Outlet pengalaman pelanggan ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk meneroka sendiri ekosistem teknologi pintar yang saling berhubung, sekaligus mengukuhkan kedudukan jenama ini sebagai perintis inovasi gaya hidup pintar di Malaysia.

Di outlet Wangsa Maju, pelanggan turut berpeluang menyertai aktiviti "Spin the Wheel" dan memenangi hadiah menarik. Dengan setiap pembelian melebihi RM100 dalam satu resit, pelanggan layak untuk satu putaran. Aktiviti ini akan berlangsung selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian penuh penyelesaian gaya hidup pintar Carabat AI, spesifikasi produk, produk terbaru akan datang dan peluang kerjasama, anda boleh saja layari www.carabat-ai.com!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: