Cara Semak & Bayar Cukai Tanah ‘Online’ Di Malaysia — Senang Je, Jangan Sampai Kena Denda!

Tarikh akhir bayaran ialah 31 Mei setiap tahun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NST & Bayaranpay
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda pemilik hartanah di Malaysia, anda wajib bayar cukai tanah setiap tahun

Tak kira sama ada anda baru beli rumah pertama atau dah lama jadi tuan tanah, setiap pemilik hartanah di Malaysia memang diwajibkan oleh undang-undang untuk membayar cukai tanah, juga dikenali sebagai quit rent, setiap tahun. Kalau terlupa atau sengaja tak bayar, boleh kena penalti — dan dalam kes ekstrem, hak milik tanah anda pun boleh terjejas.

Untuk bantu anda kekal on track, ini panduan lengkap tentang apa itu cukai tanah, siapa yang perlu bayar, dan cara semak serta buat bayaran secara online ikut negeri.

Mula-mula sekali, apa sebenarnya cukai tanah?

Cukai tanah ni bukan sekadar formaliti — ia penting untuk kekalkan hak milik anda.

Cukai tanah ialah cukai tahunan yang dikenakan oleh kerajaan negeri kepada pemilik tanah untuk mengekalkan hak milik sah atas tanah tersebut. Ia dikenakan ke atas semua jenis tanah — tak kira kediaman, komersial, industri mahupun pertanian.

Dana daripada cukai tanah ni akan digunakan untuk mengurus pelbagai hal ehwal pentadbiran tanah seperti pengeluaran geran, pemindahan hak milik, dan sebagainya.

Perkara penting yang anda perlu tahu:

  • Wajib bayar walaupun tanah tu belum dibina atau tak diduduki

  • Untuk hartanah jenis strata (contohnya kondominium atau apartment), cukai akan dikenakan sebagai cukai petak, dan ia dikenakan kepada setiap unit secara individu selepas geran strata dikeluarkan

Image via null

Kalau anda duduk rumah kondominium tapi belum ada geran strata, macam mana?

Ini situasi biasa untuk projek baru — jangan panik.

Kalau geran strata unit anda masih belum dikeluarkan, tanggungjawab membayar cukai tanah akan diuruskan oleh Pejabat Pengurusan Bangunan (Management Office / MO) bagi pihak semua pemilik unit.

Dalam kebanyakan kes, bayaran ni dimasukkan sekali dalam yuran penyelenggaraan bulanan anda. Anda boleh semak dengan MO untuk pastikan:

  • Sama ada bayaran dah dibuat

  • Macam mana amaun tu diagihkan kepada setiap unit

Bila geran strata dah siap, setiap pemilik unit akan dapat bil cukai petak masing-masing dan perlu buat bayaran terus kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri berkenaan.

Cukai tanah perlu dibayar setiap tahun antara 1 Januari hingga 31 Mei

Jangan tunggu sampai hujung-hujung Mei baru terhegeh-hegeh nak bayar.

Bayaran cukai tanah dibuat sekali setahun, dan tempoh rasmi pembayaran ialah dari 1 Januari hingga 31 Mei.

Kalau anda terlepas tarikh akhir ni, anda mungkin:

  • Dikenakan denda lewat bayar

  • Dalam kes lebih serius, hak milik tanah anda boleh ditanda untuk tindakan undang-undang

Lebih awal anda bayar, lebih selamat — terutamanya kalau anda sedang rancang nak jual, refinance, atau pindah milik hartanah tersebut.

Cara semak dan bayar cukai tanah secara online ikut negeri

Setiap negeri ada sistem digital sendiri — proses pun mudah dan straight to the point.

Kebanyakan negeri di Malaysia dah pun menyediakan portal online khas untuk semak dan bayar cukai tanah. Biasanya, anda hanya perlu:

  1. Masukkan nombor akaun, nombor IC, atau nombor geran tanah

  2. Semak jumlah tunggakan atau bil semasa

  3. Terus bayar guna FPX, kad kredit, atau kad debit

Berikut ialah senarai portal rasmi untuk setiap negeri:

Negeri Portal Bayaran Online
Selangor e-Tanah Selangor
Kuala Lumpur e-Tanah WP Kuala Lumpur
Johor JohorPay
Melaka MelakaPay
Negeri Sembilan e-PTGNS
Perak e-Tanah Perak
Pahang e-Tanah Pahang
Kedah iBAYAQ
Kelantan Hasil Tanah Kelantan
Penang eBayar Penang
Terengganu e-Tanah Terengganu
Sabah JTU Sabah
Perlis eTP Portal
Putrajaya e-Tanah WP Putrajaya
Sarawak Bayaran manual di pejabat

Kalau anda berdaftar, anda mungkin akan terima:

  • Bil fizikal melalui pos

  • Peringatan melalui SMS atau emel

Tapi kalau tak dapat apa-apa, anda masih bertanggungjawab untuk semak secara manual melalui portal negeri.

Kalau tak tahu nombor akaun cukai tanah, ini yang anda boleh buat

Jangan risau — PTG boleh bantu.

Kalau anda tak terima bil dan tak tahu nombor akaun cukai tanah, hubungi terus Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri anda dan sediakan maklumat berikut:

  • Nama penuh pemilik

  • Nombor kad pengenalan (IC)

  • Alamat lengkap hartanah

Mereka akan bantu semak dan beri nombor akaun supaya anda boleh login ke portal dan terus buat bayaran.

Tips berguna untuk pemilik rumah dan tanah kali pertama

Sediakan semua info penting awal-awal supaya proses lebih lancar.

Anda boleh dapatkan maklumat tentang hak milik tanah daripada:

  • Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement / SPA)

  • Dokumen pinjaman perumahan

  • Bil cukai tanah tahun lepas (jika ada)

Lepas buat bayaran, simpan resit — sama ada dalam bentuk PDF atau cetakan fizikal.

Set reminder dalam telefon atau kalendar setiap bulan April supaya anda tak terlepas tarikh bayaran tahun depan.

Ringkasan pantas untuk anda

  • Cukai tanah wajib dibayar setiap tahun antara 1 Januari hingga 31 Mei

  • Ia dikenakan ke atas semua jenis tanah, termasuk hartanah strata

  • Boleh semak dan bayar secara online ikut negeri masing-masing

  • Elak lewat bayar untuk elak penalti atau masalah pindah milik

  • Kalau tak terima bil, hubungi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri anda

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: