Poket Menipis & Rumah Jadi Bersepah, Ini 4 Tips Mudah Hadap Penangan Sales Hujung Tahun!

Senang juga kalau ikut cara ni. 😀

Enlarge text
Cover ImageCover image via housebeautiful.com

Hujung-hujung tahun ini memang banyak betul sales yang memang boleh menipiskan iman dan poket

Image via Giphy

Sales 11.11, Black Friday, Cyber Monday, 12.12 dan banyak lagi lah! Memang main pilih je barang masuk dalam cart! Barang lama pun tak habis guna lagi, dah tambah barang lain. Sedar-sedar, rumah sendiri sampai tak ada ruang dan makin bersepah. Nak mengemas pun tak ada masa.

Mesti ramai yang jenis perangai macam ini bukan? Ha, jangan risau. Sini kami kongsikan serba sedikit tips mudah untuk mengemas rumah yang jenis banyak barang.

1. Simpan barang yang dah digunakan di tempat asal

Image via 4gifs.com

Yang ini pun penting. Contohnya kalau beli vakum, hari pertama beli memang rasa tak sabar nak guna dan bersihkan satu rumah dengan vakum tu. Tapi bila dah lama sikit, barang tu langsung tak digunakan dah. Simpan je di ruang tamu dengan alasan, "Ala, esok kan nak pakai lagi. Buat apa simpan balik…"

Jawabnya, memang kesudahlah vakum tu betapa di ruang tamu. Sebab itulah seeloknya selepas pakai, terus simpan dalam stor. Baru kemas sikit rumah.

2. Jangan sesekali simpan barang yang dah rosak dan tak boleh digunakan lagi

Image via Giphy

Yang ini memang penyakit ramai orang. Beli alatan senaman apa semua, lepas bila semuanya dah rosak atau tak digunakan, main campak dalam stor. Kononnya esok lusa nak baiki semula dan boleh guna balik. Tapi percayalah, sudahnya semua barangan yang rosak itu akan kumpul habuk je. Tambah lagi, kalau ada jualan murah, beli pula yang baru padahal barang yang lama masih belum terbuang.

Sayang katanya. Padahal, membazir kot!

3. Beli satu barang, jual satu barang

Image via Giphy

Sebenarnya cara inilah yang paling efektif sekali. Apa kata anda jadikan ianya satu habit setiap kali beli barang yang mahal seperti perabot, smartphonelaptop, kamera, beg tangan dan lain-lain, jual atau derma terlebih dahulu barangan yang ada. Cara ini membolehkan anda dapat lebih ruang dan dalam masa yang sama, duit pun boleh masuk poket semula.

Baru boleh beli barang lain bila ada jualan murah lagi. Bijak tak?

Bak kata Mudah.my "Kena Sales? Kena Sell"

Dengan lambakan online sales yang melanda seluruh dunia beberapa bulan lepas, memang hujung bulan tinggal habuk je dalam akaun bank. Samalah macam tuan rumah yang dah pokai teruk ni!

Tapi jangan risau, Mudah.my ada jalan penyelesaiannya!

Image via mudah.my

Baru-baru ini, Mudah.my telah melancarkan kempen "Kena Sales? Kena Sell!" yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia menjual barangan yang mereka tak lagi perlukan atau gunakan secara dalam talian.

Image via mudah.my

Kena Sales? Kena Sell! turut menawarkan kepada pengguna cara dapatkan kembali wang yang dibelanjakan, di samping memberi ruang untuk anda buat pembelian baru dan mengemas rumah dengan lebih efisyen!

Image via Giphy

Apa tunggu lagi, inilah masanya untuk anda jual barang-barang yang tak digunakan sambil boleh tambah duit poket di Mudah.my. Jom muat turun aplikasi Mudah.my hari ini di Google Play atau App Store.

Untuk maklumat lanjut tentang platform Mudah.my, layari laman web Mudah.my atau Facebook page mereka. Jual je di Mudah.my. 

Rumah kemas, duit pun dapat. Semua pun mudah! 😀

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau nak idea untuk ubah suai rumah, boleh tengok sini:

Read more trending stories on SAYS