Butter Prawn Dan Resipi Mudah Lain Untuk Peminat Nestum

Ia sangat mudah dan sedap!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Blogspot.com
Logo

1. Potongan Nestum bersama Corn Flakes

**Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:**

**Bahan A:**
4 sudu besar madu
200 gm gula
300 gm mentega

**Bahan B:**
50 gm kelapa parut
100 gm aprikot kering, dicincang
100 gm kismis, dicincang
50 gm badam, dihiris
150 gm Corn Flakes
100 gm Nestum

**Cara-cara membuat:**

Dalam kuali, cairkan bahan A sehingga menjadi pekat. Kemudian, masukkan bahan B dan gaul rata.

Sapukan sedikit mentega ke atas kertas pembakar yang telah diletakkan di atas dulang pembakar yang bersaiz 20cmx20cm. Tuangkan adunan ke dalam dulang.

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 45 minit atau sehingga permukaan tepi kelihatan keperangan.

Apabila cukup dibakar, keluarkan dan biarkan selama 20 minit untuk disejukkan.

Potong kepada bentuk yang diingini.

Image via NESTLÉ

2. Biskut shortcake Nestum

**Bahan-bahannya adalah:**

**Bahan A:**

1 1/4 cawan tepung naik sendiri yang telah diayak
1/4 cawan tepung beras

**Bahan B:**

1/4 cawan gula kaster
1 biji telur
Coklat masakan
1 sudu kecil ekstrak vanilla
150 gm mentega
1/2 cawan *chocolate rice*
1 cawan Nestum

**Cara-cara membuat:**

Ayak bahan A bersama ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan Nestum dan *chocolate rice* ke dalam adunan tepung. Asingkan.

Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk berasingan dan pukul sehingga lembut. Masukkan ekstrak vanilla dan telur dan pukul sehingga sebati. Campurkan adunan tepung ke dalam adunan basah.

Ceduk satu sudu kecil adunan dan bentukkan kepada acuan yang anda inginkan. Sapukan mentega di atas dulang pembakar dan susun biskut.

Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 10-15 minit atau sehingga biskut kelihatan keperangan. Apabila siap dibakar, keluarkan untuk disejukkan selama lebih kurang 20 minit. Apabila sudah sejuk, hiaskan dengan coklat yang telah dicairkan.

Image via NESTLÉ

3. Biskut cip coklat Nestum

**Bahan-bahan yang anda perlukan untuk resipi ini adalah:**

**Bahan A:**

2 1/2 cawan tepung
2 cawan Nestum yang telah dikisar
1/4 cawan serbuk susu
2 sudu besar tepung jagung

**Bahan B**:
250gm mentega
1 cawan gula
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1 biji telur

**Cara-caranya:**

Campurkan kesemua bahan A dalam satu mangkuk dan bahan B dalam mangkuk berasingan. Kemudian, masukkan adunan bahan B ke dalam adunan bahan A dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.

Sapukan mentega ke atas dulang pembakar dan susun biscut yang telah dibentuk menggunakan acuan berbentuk bunga. Selepas itu, taburkan sedikit cip coklat.

Panas di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 200°C selama 10 minit.

Biarkan sejuk sebelum dihidangkan atau disimpan ke dalam bekas kuih.

4. Kek keju lapis Nestum

**Bahan-bahannya:**

500g *cream cheese*
1 1/2 cawan susu pekat
Biskut mudah hadam
1 sudu besar jus lemon
1 cawan susu
Nestum

**Cara-cara untuk membuat kek keju:**

Masukkan *cream cheese*, susu pekat dan jus lemon. Pukul sehingga bahan menjadi lembut.

Ratakan kertas pembakar ke atas dulang kek.

Celup biskut ke dalam susu. Kemudian, susun biskut yang telah dicelup ke atas dulang dan selepas itu, ratakan adunan *cream cheese* dan kemudian Nestum. Ulang langkah ini sehingga habis.

Sejukkan di dalam peti sejuk untuk semalaman sebelum dipotong ke bentuk empat segi dan dihidangkan.

5. Butter Prawn Nestum

**Bahan-bahan yang anda perlukan:**

**Bahan A:**

3/4 cawan Nestum cereal
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil gula
1 1/2 sudu besar serbuk susu

**Bahan B:**

300gm udang bersaiz serdahana yang telah dicuci, disiang dan dikeringkan
1 sudu kecil garam
1/2 telur yang telah dipukul
1 1/2 sudu besar tepung

**Bahan C:**
Minyak sayuran
2 sudu besar *unsalted butter*
1 biji cili padi, dihiris halus
6-10 keping daun kari, dibasuh dan dikeringkan serta dibuang batang

**Cara-caranya:**

Campurkan kesemua bahan A dan asingkan ke tepi

Taburkan garam ke atas udang dan gaul. Masukkan telur dan gaul lagi. Masukkan tepung dan pastikan campuran meliputi udang. Goreng udang dalam suhu yang tinggi. Bila udang sudah cukup digoreng, tapiskan minyak.

Panaskan mentega sehingga kelihatan mula berbuih dan keperangan. Masukkan daun kari dan cili padi. Tumis dengan suhu serdahana sehingga naik bau.

Perlahankan api. Masukkan adunan A dan kacau sehingga kelihatan perang. Pastikan daun kari menjadi rangup.

Masukkan udang dan kacau sehingga rata. Padamkan api dan teruskan kacau sehingga masakan kelihatan keperangan. Tambah sedikit perasa jika perlu dan hidangkan.

Image via Blogspot.com

6. Ayam bakar Honey Nestum

**Bahan-bahannya:**

8 keping isi ayam
4 cawan Honey Nestum
1 cawan serbuk roti
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
1 sudu besar bawang goreng
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil garam
1/2 sudu lada hitam
2 biji telur
Tepung

**Cara-cara membuat:**

Panaskan ketuhar kepada 218°C. Ratakan kertas pembakar bersama pembalut aluminium dan sapukan sedikit pelincir seperi mentega atau minyak.

Hancurkan Nestum kemudian masukkan serbuk roti, serbuk bawang putih, bawang goreng, paprika, garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati.

Pukul telur ke dalam mangkuk berasingan dan masukkan tepung ke dalam mangkuk yang asing.

Celup ayam ke dalam tepung, kemudian ke dalam telur dan kemudian, ratakan dengan celupan campuran Nestum.

Susun ayam ke atas dulang pembakar yang telah disediakan. Bakar selama 15-20 minit di dalam ketuhar.

7. Smoothie pisang Nestum

**Bahan-bahan:**

1 biji pisang
2 sudu besar Nestum
2 cawan susu rendah lemak
Ais
1 sudu besar madu

**Cara-cara membuat**:

Potong pisang kepada kepingan kecil dan bekukan di dalam peti sejuk. Apabila pisang telah beku, masukkan ke dalam pengisar. Masukkan bersama Nestum, susu, madu dan ais. Kisar sehingga lembut kemudian hidangkan.

Image via Blogspot.com

Tahukah anda bahawa anda boleh menghasilkan resipi lain selain daripada nasi menggunakan periuk nasi? KLIK SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: