11 Orang Dikurung Dalam ‘Bilik Neraka’ Hampir 3 Tahun Dan Dijadikan Buruh Paksa Di Bintulu
Ketika ditahan, suspek wanita turut mengugut pasukan polis dan mengeluarkan kata-kata lucah.
Cover image via nst.com.mySeramai sembilan wanita dan dua orang lelaki warga Indonesia dijadikan buruh paksa tanpa gaji dan dikurung hampir tiga tahun di dalam sebuah bilik kecil di Bintulu, Sarawak
Semua mangsa yang berusia 18 sehingga 44 tahun itu menangis dan merayu diselamatkan selepas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu memecahkan 'bilik neraka' yang dihuni mereka di rumah berkenaan pada jam 2.45 petang semalam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, pasukan BSJ IPD Bintulu diketuai Inspektor Nixon Malang menyerbu rumah teres satu tingkat berkenaan selepas pihaknya menerima maklumat pemerdagangan orang di kawasan itu.
Image via NST
Katanya lagi, pihaknya terpaksa memotong mangga yang mengunci pintu hadapan bagi memasuki rumah itu sebelum memecah satu lagi pintu bilik khas yang dikunci dari luar di rumah berkenaan
Dilaporkan suspek wanita turut mengugut pasukan polis dan mengeluarkan kata-kata lucah ketika serbuan dilakukan.
Polis menyerbu rumah tersebut selepas pihaknya menerima maklumat tentang pemerdagangan orang
Image via NST
Menurut Dev, semua mangsa dipaksa pasangan terbabit untuk membersih sarang burung bagi tujuan perniagaan
Mereka dikurung hampir tiga tahun dan tidak dibenarkan keluar dari tempat berkenaan.
Mereka juga tidak dibayar gaji dan kadangkala dipukul kedua-dua suspek jika kerja tidak memuaskan.
Kedua-dua suspek direman di Mahkamah Bintulu hari ini, manakala mangsa-mangsa akan dihantar ke rumah perlindungan.


