‘Fizikalnya Memang Begitu. Dia Mengalami Disleksia Sejak Berusia 6 Tahun’ – Ibu Buntat

Hebat sungguh penangan Buntat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Buntat oh Buntat, semua orang bercakap tentang Buntat sejak kebelakangan ni

Semuanya gara-gara drama **'7 Hari Mencintaiku'** yang bersiaran di TV3 pada jam 7 malam di slot Akasia.

Drama ini menampilkan pelakon ternama seperti Syukri Yahaya, Siti Saleha, dan Wan Sharmila. Tetapi yang lebih mencuri perhatian adalah watak **Buntat** lakonan Muhammad Ariff Abdullah yang baru saja berusia 12 tahun.

Buntat bersama Mia Adriana lakonan Siti Saleha.

Image via Facebook

Nama Buntat menjadi lebih hangat apabila wataknya "dimatikan" pada episod 21 dalam drama tersebut. Masing-masing tidak boleh menahan air mata atas pemergian Buntat.

Kematian Buntat juga meninggalkan satu pengajaran yang sangat deep buat para lelaki di luar sana

Menerusi Twitter, kita dapat lihat watak Buntat mendapat pujian yang melambung tinggi. Ramai menganggap mutu lakonan Buntat adalah lebih baik daripada kebanyakan pelakon.

Walaupun begitu, ada juga pihak yang bertindak mencerca dan mengejek fizikal dan wajah Buntat

Biasalah orang kita. Yang cantik, yang kacak diangkat. Yang fizikal tidak menarik dihina.

Tapi tidakkah anda tahu Buntat sebenarnya menghidap disleksia sejak berusia 6 tahun?

Ibu Buntat, **Rosdiana Mastura Abdullah**, 29, berkata, anak sulungnya itu mengalami disleksia yang hanya cenderung kepada perkara yang diminati sahaja.

Selain itu, Buntat atau Muhammad Ariff turut menghadapi masalah untuk membaca dan menulis. Namun, beliau mempunyai daya pemikiran normal yang sama seperti orang lain.

Image via Facebook

Buntat bersama ibunya, Rosdiana Mastura Abdullah.

Image via Harian Metro

Image via Facebook

Tak apa Buntat. Yang penting Buntat tetap cool! Semoga terus sukses. 🙂

Popular la adik Buntat la ni.. Kompom ramai peminat lepas ni. Ada yang tanya Buntat ni normal ke tidak? Ha..adik Buntat ni normal je macam kanak-kanak lain cuma dalam lakonan je. Kira hebatlah si Buntat ni berlakon kan.. Kami sokong Buntat (y) 🙂


Follow kami:
IG: https://www.instagram.com/sinimalaysia/
Twitter: https://twitter.com/SINIMalaysia

#buntat #7harimencintaiku #paksamad #drkhuzairi #miaadriana #buntatsayangkakak #slotakasia #tv3 #jibam #uteh #kakakpopi

Posted by KAKI SINI on Tuesday, December 6, 2016

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum Buntat, orang ramai sibuk dengan #lofattah:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: