BUMITRA MALAYSIA, SIAD Holding Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Industri Umrah & Haji

Kerjasama ini dijangka akan menamatkan "perang harga" yang sering merugikan pengguna dan menggantikannya dengan standard tadbir urus yang lebih tinggi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SIAD Holding
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Muslim Malaysia (BUMITRA MALAYSIA) baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik bersama SIAD Holding Company Ltd, sebuah gergasi pelaburan dan hospitaliti dari Arab Saudi

Kerjasama ini bertujuan memperkukuh ekosistem industri Umrah dan Haji negara melalui pendekatan yang lebih mampan, telus dan berintegriti.

Pengumuman tersebut dibuat bersempena majlis SIAD Annual Luncheon 2026 yang diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur, sekali gus menandakan peralihan besar dalam struktur industri yang kini mahu beralih daripada persaingan harga kepada persaingan kualiti.

Melalui kerjasama ini, ahli-ahli BUMITRA MALAYSIA akan mendapat akses terus kepada portfolio perkhidmatan bersepadu SIAD Holding di Makkah dan Madinah, yang merangkumi:

  • Hospitaliti & Penginapan: Akses kepada rangkaian hotel strategik.
  • Logistik: Pengangkutan dan pengurusan destinasi yang lebih cekap.
  • Katering: Penyelesaian penyediaan makanan yang berkualiti buat jemaah.
  • Teknologi: Integrasi platform tempahan digital untuk pengurusan yang lebih sistematik.
SAYS.com

Puluhan pemain industri umrah, haji dan pelancongan hadir dalam pertemuan bersama SIAD Holding di Grand Hyatt Kuala Lumpur baru-baru ini.

Image via SIAD Holding

Presiden BUMITRA MALAYSIA, Dr Wan Muhamad Adam Wan Norudin menegaskan bahawa inisiatif ini merupakan langkah drastik untuk memastikan pengendali Malaysia tidak lagi bergerak secara silo.

"Kita perlu membina ekosistem yang kukuh dan berteraskan kualiti. Kerjasama ini membolehkan pengendali Malaysia melonjak ke tahap profesionalisme yang lebih tinggi. Matlamat kami jelas – memastikan jemaah Malaysia menerima perkhidmatan yang benar-benar setimpal dengan kos yang dibayar,"
katanya.

Malaysia rakan strategik utama SIAD Holding

Wakil kanan SIAD Holding Company Ltd menyifatkan Malaysia sebagai pasaran Umrah dan Haji yang paling matang di rantau ini. Beliau menekankan bahawa SIAD Holding, yang mempunyai legasi perniagaan sejak 1957, komited untuk menyokong aspirasi Saudi Vision 2030 melalui perkongsian ini.

"Fokus kami adalah menyatukan hotel, pengangkutan, dan katering dalam satu ekosistem yang lebih tersusun. Apabila pemain industri bekerjasama secara strategik, semua pihak mendapat manfaat — terutamanya jemaah yang menjadi teras kepada keseluruhan rantaian nilai ini," tambah beliau.

Kerjasama ini dijangka akan menamatkan "perang harga" yang sering merugikan pengguna dan menggantikannya dengan standard tadbir urus yang lebih tinggi. Selain membuka peluang komersial baharu dalam kontrak hotel dan pengendalian darat, ia juga menggalakkan amalan perniagaan yang lebih cekap dan telus antara kedua-dua negara.

Untuk rekod, majlis SIAD Annual Luncheon 2026 yang menghimpunkan pemimpin industri pelancongan ini menjadi bukti kepentingan kerjasama rentas sempadan dalam membentuk masa depan ibadah Umrah dan Haji yang lebih selesa buat rakyat Malaysia.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via SIAD Holding

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: