‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’ Di Bukit Bintang Sehingga 23 Mac Ini
Kempen terbaharu dari Bulan Bintang itu kini mengadakan pop-up khas selama 12 hari di The Starhill, Kuala Lumpur dari 12 hingga 23 Mac.
Cover image via Bulan BintangFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama fesyen terkenal, Bulan Bintang, mencetuskan perhatian apabila melancarkan kempen 'Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill' yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mac 2025
Bertempat di tengah-tengah Bukit Bintang, kempen ini menampilkan 'pop-up store' serta pameran khas sempena ulang tahun ke-10 jenama itu.
Antara tarikan utama adalah replika Baju Melayu Bulan Bintang bersaiz gergasi sepanjang 12 kaki, yang diletakkan di hadapan The Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Namun, kehadiran replika ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan sesetengah pihak menyamakannya dengan patung berhala dan menganggap ia sebagai amalan karut.
Mengulas isu itu, pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, menegaskan majoriti maklum balas yang diterima adalah positif dan ramai yang menghargai usaha untuk mengangkat budaya Melayu di lokasi tumpuan pelancong.
"Berkenaan replika gergasi, saya dapat dua jenis maklum balas. Ada segelintir yang mengecam, namun majoritinya berbangga dan memberi respons baik. Mereka menghargai usaha untuk mempromosikan budaya tradisi Melayu dan Malaysia," katanya.
Menurut Azzim, idea untuk membina replika tersebut datang daripadanya sendiri sebagai satu strategi mempromosikan Baju Melayu kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing.
"Jika kita lihat jenama luar negara, mereka juga mempunyai replika gergasi produk mereka seperti beg tangan dan kasut. Kenapa jenama tempatan seperti kami tidak boleh buat perkara yang sama?," ujarnya.
Azzim ditemui di majlis bertemu peminat sempena kempen 'Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill' di Bukit Bintang, malam tadi.
Kempen 'Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill' turut menampilkan empat duta jenama itu pada sesi Meet & Greet
Selain Azzim, duta jenama terbabit seperti Shukri Yahaya, Nadhir Nassar, Mierul Aiman dan Syafiq Kyle turut turun padang bertemu peminat dan memeriahkan acara terbabit.
Azzim turut menegaskan replika tersebut bukan semata-mata untuk mempromosikan jenama miliknya, tetapi lebih kepada memperkenalkan Baju Melayu sebagai pakaian kebangsaan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
"Dalam keterangan yang terpapar di hadapan replika itu pun, saya tidak terlalu mempromosikan jenama saya. Saya lebih menekankan Baju Melayu sebagai pakaian kebangsaan yang dipakai untuk menyambut perayaan," jelasnya.
Setakat ini, kempen yang sudah berjalan selama tiga hari mendapat sambutan menggalakkan, termasuk daripada pelancong yang tertarik untuk bergambar dengan replika berkenaan.
"Saya sendiri nampak orang bergambar dengan replika ini. Dari jauh saya rakam aksi mereka, dan saya berbangga apabila ramai yang menghargai budaya kita," kata Azzim.
Sebagai rekod, kempen 'Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill' turut menampilkan koleksi istimewa Baju Melayu Bulan Bintang serta koleksi pakaian wanita di bawah label Bulan Bintang Sisters.
Tonton video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


