“Bukan Sekadar Kopi” – Nasken Coffee Sasar Penyenaraian Di Bursa Malaysia Menjelang 2026
Nasken Coffee kini telah miliki 43 cawangan termasuk terbaharu di Presint 15, Putrajaya.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, Nasken Coffee bukan sebuah jenama asing lagi dalam dunia kafe tempatan
Ditubuhkan pada Disember 2019 di Pasir Tumboh, Kelantan, jenama ini bermula dengan satu aspirasi yang cukup besar, untuk membawa cita rasa warisan Malaysia ke dalam suasana yang moden, selesa dan mesra pelanggan.
Bermula secara sederhana, hari ini Nasken telah berkembang dengan pesat dan memiliki sebanyak 43 cawangan di seluruh negara. Pembukaan cawangan terbaharu di Presint 15, Putrajaya menjadi satu lagi detik penting dalam perjalanan mereka.
Majlis perasmian cawangan ke-43 itu turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Image via Nasken Coffee
Dari kiri Ketua Pegawai Eksekutif, Nasken International Sdn. Bhd., Mohd Nazif Ab Aziz, Naib Presiden Nasken International Sdn. Bhd. (tengah), Mohd Badrul Insan Kauzi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Image via Nasken Coffee
Dalam ucapannya, beliau memuji semangat dan profesionalisme pasukan Nasken yang dilihat mampu bersaing dengan jenama-jenama besar.
Nik Nazmi turut menyatakan bahawa kejayaan Nasken melambangkan potensi besar usahawan muda Malaysia yang bukan sekadar berniaga untuk keuntungan, tetapi turut membina kekuatan ekonomi negara.
Selain terkenal dengan pelbagai jenis kopi, Nasken juga menyediakan menu makanan barat serta kek yang menjadi antara tarikan utama pelanggan
Di sebalik kejayaan yang dicapai, Nasken membawa semangat dan misi yang jauh lebih besar. Di bawah slogan 'Bukan Sekadar Kopi', mereka mahu setiap cawangan menjadi ruang untuk komuniti berkumpul, berkongsi cerita dan menyemai semangat anak Malaysia.
Menurut pengasasnya, Mohd Nazif Ab Aziz, Nasken kini berada dalam fasa persediaan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang akhir 2026.
Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk mengukuhkan kedudukan dan meluaskan pasaran ke peringkat ASEAN serta Timur Tengah.
Nazif turut mendedahkan bahawa mereka menyasarkan untuk membuka 43 lagi cawangan menjelang akhir tahun 2025, menjadikan jumlah keseluruhan 86 cawangan.
Nasken Coffee kini telah miliki 43 cawangan termasuk terbaharu di Presint 15, Putrajaya.
Image via Nasken Coffee
Tonton video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


