Bukan Sekadar Kedai Emas Biasa, Salamah Gold & Jewellery Tawar Konsep Santai & Mesra Pelanggan Di Ampang

Difahamkan, nama Salamah dipilih kerana ia membawa nilai kasih sayang keluarga dan keberkatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Salmah Gold & Jewellery
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama barangan kemas tempatan yang semakin meningkat naik, Salamah Gold & Jewellery, secara rasmi mengukuhkan kedudukannya dengan pembukaan cawangan ketiga di Galaxy Ampang Shopping Centre baru-baru ini

Kejayaan ini menandakan fasa pengembangan strategik syarikat selepas kualiti produk mereka mendapat sambutan luar biasa di Kajang, Selangor dan Medan Gopeng, Perak.

Pembukaan cawangan ini bukan sekadar tentang perniagaan, malah membawa nilai sentimental yang mendalam. Nama "Salamah" diangkat sebagai penghormatan kepada ibu pengasas, Puan Salamah Salleh, yang menjadi tulang belakang dan sumber inspirasi utama perniagaan ini.

Pengurus cawangan Ampang, Mohd Bukri Osman, menjelaskan bahawa jenama ini mahu mengubah persepsi masyarakat, terutamanya generasi muda, untuk melihat emas bukan sekadar aksesori fesyen tetapi sebagai instrumen pelaburan jangka panjang yang stabil.

"Nama Salamah dipilih kerana ia membawa nilai kasih sayang keluarga dan keberkatan. Kami mahu membina sebuah 'Legasi Kemewahan' yang boleh dipercayai oleh semua lapisan masyarakat, di mana setiap pelanggan dilayan dengan penuh kemesraan tanpa mengira latar belakang," ujar beliau.

SAYS.com
Image via Image via Salamah Gold & Jewellery

Pelancaran meriah dengan sentuhan 'lifestyle' mewah

Majlis perasmian yang dihadiri lebih 1,000 pengunjung itu tampil unik apabila menggabungkan elemen gaya hidup moden menerusi pameran kereta mewah Lamborghini dan motosikal berkuasa tinggi Ducati. Gimik ini berjaya menarik perhatian pengunjung untuk menghasilkan kandungan media sosial (OOTD) sekali gus mendekatkan jenama emas ini dengan komuniti automotif dan gaya hidup urban.

Selain pameran kenderaan, kemeriahan majlis turut diisi dengan pertandingan mewarna kanak-kanak dan cabutan bertuah, membuktikan komitmen Salamah Gold dalam menyediakan ruang beli-belah yang mesra keluarga.

Salamah Gold & Jewellery turut memperkenalkan koleksi terbaharu mereka, Marissa dan Cecilia, yang direka khusus mengikut trend terkini. Antara kelebihan utama yang ditawarkan oleh kedai ini termasuklah:

  • Harga 'Trade-In' Tinggi: Nilai kompetitif untuk pelanggan yang ingin menukar emas lama.
  • Emas Preloved & Koleksi Baharu: Pelbagai pilihan mengikut bajet pelanggan.
  • Kos Upah Berpatutan: Memastikan emas berkualiti tinggi mampu dimiliki pada harga yang adil.

Ibu pengasas, Puan Salamah Salleh, yang turut hadir menyempurnakan majlis meluahkan rasa syukur atas kejayaan anaknya dan berharap jenama ini terus menjadi pilihan utama masyarakat dalam mencari barangan kemas berkualiti.

SAYS.com
Image via Salamah Gold & Jewellery

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik